Monday, November 17, 2014

Sabah again? day 3 part 2

wohoo.. been busy and da sebulan x sambung tulis pasal Sabah, so this entry abiskan day 3 nye review..
So balik dr island hopping penat amat, penat ke? tah la penat la kot.. panas kan...  having our lunch at food court jer.. kat mall yg dekat2....  erm kekonon mood diet on kan? so order soto la... tak abis2 soto.. hahaa nasib baik x craving pon soto diaorg... hahaha

terselit gak gamba tu hahahaha
 So lepas lunch tu kitaorg balik hotel tido, sbb apa? sbb penat hmm.. mcm dah cerita je kat atas... so aktiviti malam ni ke kampung air moh kita... bukan la kaw kampung air tu tp kampung air nama tempat je, ada pasar malam, sbb xtau nk kemana lagi singgah la kami ke pasar malam kampung air. GPS coordinate untuk ke pasar malam kampung air  (lupe lak)
Pasar malam kampung air
 Lepas habis jenjalan kat pasar malam kampung air ni, ofcoz la lapar kan? nak dinner... simple and cepat makan kat pasar filipin jer, order nasi goreng daging and pisang hijau(rasa mcm cendol tp bukan cendol, ada pisang dlm kuih lopez : argh apa aku cube sampaikan ni?)

Nasi goreng daging

pisang hijau
Nothing much nk cerita tuk hari ke 3 ni, lots of activity.. tp tah tak byk plak cerita nya, mybe sbb da lama pergi br terhegeh2 nk bercerita kan? huhu so byk da terdelete dr ruangan minda ni... but still i can assit uols if nk ke sini,

Friday, October 17, 2014

Make Up dan Solat

Perempuan dengan make up mmg susah nk dipisahkan.. sbb make up ni kdg2 menjadikan kita malas nk solat. Its me.. malas,, malas tanggal make up la apa la...tapi x semua perempuan suka make up, i adore those girl kulit diaorg sgt mulus suci murni gitu x perlu touch up-touch up.. so dlm mencari istiqomah ni.. saya cuba menjaga solat, perkara yg membuat sy malas solat ini lah bila ada aktiviti di luar dan saya dah make up (yup saya berdosa berpikiran mcm ni, and ini saya yg dulu) sekarang saya cuba cari solution dgn masalah saya ni. terbaca kat 1 forum ni... hahah pecah perut gelak..

make up tu bkn syarat utk sah solat & wuduk,kalaulah dgn bermake up blh khusyukkkan solat...dah ramai Pak Imam pakai make up...:

So saya ada google2 searching searching tentang make up dan solat. sah tak solat kita ni? kadang2 mmg tgh ada function kat luar kan, kebiasaan saya akan lepas magrib baru keluar sbb apa? saya ni burung hantu.//  kul 1-2 pagi baru balik umah, kire mmg solat kat rumah sahaja la. Tp mcm saya cakap kadang2 ada masa kita terpaksa keluar awal. saya mmg biasa bermake up.. x make up rasa confident diri tu sangat rendah sekali, kadang2 bawak wet tissue senang nk bersihkan make up kalau nak solat di luar. Hurm panjang nye membebel.

Kata kan kita ada dinner around 7.30pm so da waktu magrib kan? kene ada kat tempat tu seblom 7. kebiasaannya saya akan amik wuduk awal2 sebelom make up. and pastikan tak berlaku pembatalan air sembahyang sepanjang menanti waktu magrib. Dulu saya x berapa nk pasti untuk perkara ni, after googling sana sini banyak saya jumpe sah solat sekira nya make up tu di perbuat dr barang halal. Tapi bagi saya, as long as air wuduk masih di badan dan tidak melakukan perkara-perkara membatalkan wudhu.

Seseorang yang mahu mengerjakan solat wajib berwudhu'. Terdapat 5 perkara yang membatalkan wudhu' iaitu:
  1. Apabila terkeluar sesuatu dari dua jalan sama ada melalui qubul atau dubur (hadas kecil)
  2. Tidur yang tidak tetap punggungnya, tetapi jika tidur dengan mengiring maka tidak batal wudhu'.
  3. Hilang akal dengan sebab mabuk atau sakit.
  4. Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang bukan mahram tanpa alas atau lapik.
  5. Tersentuh kemaluan hadapan atau sekitar kawasan punggung lelaki, wanita atau dirinya sendiri tanpa alas. Tetapi jika tersentuh dengan belakang tapak tangan maka hukumnya tidak batal.
Perempuan dan kecantikkan tidak dpt di pisahkan! berhias dan mencantikkan diri tu tak salah.. asalkan jgn terpesong niat di hati.. insyallah hidup akan diberkati! Jikalau saya tersalah tersilap betul kan saya, saya sedia menerima. Terima kasih. love uols.

Tuesday, October 14, 2014

Sabah again? day 3 part 1

Day 3

Plan kitaorg untuk melawat/melihat/memerhati/menikmati... oh apa2 saja lah perkatyaan sesuai, Pulau-pulau di Sabah (bukans emua pulau). So sewa sebuah bot pada kadaran harga RM120 (3 pulau) so sumbat la berapa ramai org). So kalau korang nk cari rasa banyak area tetepi tu, and lagi senang korang mesti ada org approach korang terutama dekat area ada dolphin tu, ikan todak (roundabout). Kalau boleh cuba tawar harga tu, masa yg dpt 120 ni memula price diaorg buka 150 kot.. actually saya rasa boleh kurang sampai 100. tp bukan saya  yg pergi deal tu susah nk ckp berapa price boleh turun lg. Korang cuba la yer hehehe..

kat area sini la.. abai kan org posing tu.. peha cam peha ayam.. haishh.. sedap gitu wakaka
Ops lupa cite pagi tu g breakfast kedai sekitar kawasan hotel gk... so saya cuba nasi kuning ni.. nasi lemak kot? tp ada dish nasi lemak gk rasa dia berhalia sikit, tp mcm ansi lemak gk.. susah nye nk explain. Ok baru lepas google, nasi kuning ialah nasi kunyit. rasa? ok la sedap la.. akan tetapi saya ni on diet (diet la sgt) patut nasi ni kene la kurang kan.. tp tp dugaan tu terlalu kuat. hahaha.. hentam la
nasi kuning akak nasi kunyit
Ok kembali ke cerita pulau.. so our 1st destination (ops terspeaking london lak haha). macam saya cakap 3 pulau ; Pulau Sapi, Pulau Manukan and Pulau Mamutik. Destinasi pertama Pulau Sapi. Saya bukan la peminat tegar pulau atau pantai. But i love it, SubhanAllah cantik ciptaan Allah, tiada cacat cela nya. Saya suka tgk pemandangan keindahan alam ini. mmg cantik tak tipu. huhu
bayang-bayang saya yg mcm kurus je hahaha.. nampak ikan2 dlm air

Pulau Sapi Entrance

bayaran masuk untuk pulau

RM3 untuk semua pulau Tuanku Abdul Rahman

Jeti Pulau Sapi
Lupa nk cerita Entrance Fees tuk ke pulau RM3, bukan tuk 1 pulau semua pulau yer sekitar Sabah ni.  Kira pulau yg di declare di bawah Taman Tunku Abdul Rahman, bayar Rm3 tuk semua pulau. next pulau eprgi diaorg just cop je. Setau saya Pulau di bawah Taman Tunku Abdul Rahman ada 5 pulau, Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug.

Lepas da melawat pulau ni kan, baru tau ada flying fox or Zipline Ride dr Pulau Gaya ke Pulau Sapi, best kan? adoi rugi tatau awal2 (ni akibat tak study awal2.) tak ada perancangan pn nk ke pulau-pulau ni.. kalau tahu mmg buat dah. Masa yg diambil dr pulau gaya ke pulau sapi around 30-40 sec,
Gamba sumber dr google,. nampak best kan?
 Ok cukup cerita pasal pulau sapi, next destination is Pulau Manukan. Nice place but crowded sgt x mcm kat pulau sapi x berapa crowded. tp mmg 3-3 pulau ni, Pulau Sapi paling cantik bagi saya. lain org lain mata hati dia kan?

Pulau Manukan entrance

Oulau manukan view pantai, saya m ls nk mandi hahaha

Pulau Mamutik Entrance

Pulau Mamutik : ada penduduk tempatan sini pgl pulau korea, sgt ramai org korea kat sini ok!

jeti pulau mamutik

Fefeeling baywatch, hahahahaha.... abaikan peha ayam tu... ni time kat pulau sapi, x ramai org... candid ok.. actually tgh tangkap gamba lompat2 si katak lepas tu cam termaluan sendirian so lari, adik tersnap ini gamba so kecomelan sgt kan? nk muntah korang bace kan?

 Ok settle sudah aktiviti island hopping thuk hari ketiga, next aktivit makan malam dan merayau ke Pasar kampung air, daaa... nnt sambung kat pos lain....


Wednesday, October 8, 2014

Mencari Istiqamah

Istiqamah, saya tak faham maksud dia tp selalu dgr org sebut, istiqamah. yer sy bukan org alim tapi saya suka membaca hal agama dan mendalaminya. at least saya cuba belajar, tau ramai mesti mencaci mengutuk, tak apa la terima jer. saya kenal diri saya dan saya tahu hati saya. people can say whatever they want. right? Bukan cinta manusia yg patut kita cari, tapi cinta Ilahi. Ya Allah terima kasih atas hidayah ini. Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku.

“..Barangsiapa diberi petunjuk oleh Allah,maka dialah yang mendapat petunjuk,dan barangsiapa yang disesatkaNya,maka engkau tidak akan mendapatkan seorang penolong yang dapat memberikan petunjuk kepadanya” (Al-Kahfi : 17)

Apa itu Istiqamah ; apa yang saya paham berterusan, sikap berterusan perbuatan yg baik berterusan (ini saya dgr dari radio, ustaz mana ckp tidak pula saya take note. tapi itu apa yg dia terangkan dan istiqamah juga dimaksudkan sebagai berdiri teguh ataupun tetap pendirian sepanjang masa atas dasar kebenaran dan petunjuk tanpa ragu-ragu.

Membentuk Sikap Istiqamah

Sikap Istiqamah dapat di bentuk dengan menanamkan unsur-unsur yang berikut ke dalam diri:
  1. Matlamat yang unggul iaitu berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. 
  2. Semangat dan daya juang yang tinggi serta tidak mudah mengalah atau berputus asa.
  3. Prinsip yang benar berasaskan Al-Quran dan hadis Rasullallahi Sallallahu Alaihi Wassalam. 
  4. Ilmu dan maklumat yang cukup.
  5. Strategi yang kemas dalam perjuangan.
  6. Usaha yang berterusan. 
  7. Yakin kepada takdir dan janji Allah Taala.
  8. Berdoa dan bertawakal.
  9. Bersyukur dan redha.
Sikap ini dapat diteladani daripada Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam, para sahabat, para mujahid, syuhada" dan salihin seperti yang tertera di dalam gambaran sejarah.

Tahap-tahap Istiqamah
Ada tiga tahap Istiqamah yang perlu berlaku serentak iaitu:
 
1. Istiqamah hati: sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman dengan cara menjaga kesucian hati daripada sifat syirik, menjauhi sifat-sifat cela seperti riak dan menyuburkan hati dengan sifat terpuji terutamanya ikhlas. Dengan kata-kata lain Istiqamah hati bermaksud mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran. Firman Allah Taala. (Surah Al-Furqan ' ayat 32 )
Dan orang-orang yang kafir berkata : "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali ( dengan sekali gus ) ? diturunkan Al-Quran dengan cara yang demikian kerana hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.

2. Istiqamah lisan: memelihara lisan atau tutur kata daripada kata-kata supaya sentiasa berkata benar dan jujur, setepat kata hati yang berpegang pada prinsip kebenaran dan jujur, tidak berpura-pura, tidak bermuka-muka dan tidak berdolak dalik. Istiqamah lisan terdapat pada orang yang beriman, berani menyatakan dan mempertahankan kebenaran dan hanya takut kepada Allah Taala. Firman Allah Taala: (Surah Ibrahim ' Ayat 27)
...Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.....
 
3. Istiqamah perubatan: Tekun berkerja atau melakukan amalan atau melakukan apa saja usaha untuk mencapai kejayaan yang di redhai Allah. Dengan kata-kata lain istikamah perbuatan merupakan sikap dedikasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan, perusahaan atau perjuangan menegakkan kebenaran, tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa. Sikap ini menjadi begitu rupa kerana dorongan hati yang istikamah.


Continue to search what is Istiqamah.

Ini travelog saya. doakan saya jumpa apa yang saya cari selama ini.

Saturday, October 4, 2014

Sabah again? day 2 part 2

Our next destination is Poring Hot Spring, or dalam bahasa malay nya Kolam Air Panas Poring. X jauh pon dari pekan Kundasang around less then 1 hr, lupa la plak. GPS Coordinates 6°2.532′N, 116°42.012′E untuk ke Poring Hot Spring ni. Klu xde gps  sign board pon byk so dont worry, klu xde just follow route ke Ranau. Easy as 1 2 3.

Entrance price tuk masuk poring ni RM3/pax. So nama pon hot spring kan ofcoz dlm nye kolam air panas. tp sebab saya pon panas nk mampos (nasib lom mampos), niat di hati xnak mandi pon just nk tgk2 je.. tp da masuk tu siap mandi tp mandi air sejuk la... ahahaha org masuk mandi air panas ko masuk mandi air sejuk. boleh? hentam jer
SubahanAllah; indah nya ciptaan Allah fefeeling kt nippon gitttew

Entrance fees

Pondok near the hot spring

Mata air panas

Some of the kolam

Habis mandi kat hot spring ni dalam pukul 2.30 pm, so we decided to balik saje lah tatau nk pegi mana lg, mandi da siap (konon xnak mandi tp mandi gk, mandi air sejuk la haha). trus trun dr Kundasang, otw balik KK singgah makan kat tempat peberet as per previous visit, lokan bakar. GPS coordinate untuk ke lokan bakar ni Longitude : 116.171527 ; Latitude : 6.101948. Also can refer my previous post KLIK SINI.

Sesuatu yg harus di cuba (skema lak ayat kan), lokan bakar, kelapa bakar and puding dalam kelapa. sadly puding dalam kelapa habis.so ada puding dalam cawan je hehehe... sedap nye sama bah.. sebab kan x makan apa2 lg selain durian so order gak makanan kat sini nasi goreng je.. simple but sedap (or im just hungry) da lapa semua sedap. kelapa bakar pon korang harus try la kat sini, last visit dah try but bukan tekak saya, tp boleh cuba sedap jugak.

Lokan Bakar yummeh

Nasi Goreng Daging ( i love the presentation of the food look kampung)

Nasi goreng kampung

Puding kelapa

Habis makan  trus balik hotel, so tired ! mmg penat habis drive jauh kan and kelaparan lg hahaha.. tido sekejap la... nk dekat magrib br bgn.. and next makan malam! hahaha dah kata lapa kan makan je la keje nye, dan saya kalau travel mmg makan jer... hmm.. lemak oh lemak... So kitaorg makan kat area sinsuran, saya order wantan mee and sotong goreng tepong. terkujat tgk sotong goreng tepon x ckp nk yg kecik amik ko sekor rm35. hahahaha

wantan hor (not so nice)

Sotong goreng tepong rm35 (kui kui kui) tp sedap la..puas hati besau

sotong bakar (snap gamba je x makan pon hahaha)

Lepas abis makan kitaorg pusing2 kejap kat area pasar malam sinsurans budget nk pergi pasar malam kampung air sesat kejap hahaha walhal sebelah jer..... mmg x byk aktiviti malam, mmg blk tdo jer... sbb penat seharian berjalan tanpa henti.




Thursday, October 2, 2014

Sabah again? day 2 part 1

Rise and shine buddy, hew subuh sini 5.30 ok, around 7 am da trun g breakfast, makan kedai dekat2.. tatau apa special makanan breakfast diaorg. tp yg pasti dan yakin sure ade bakso. urm, saya makan byk breakfast ni target nk jalan jauh kan.. hahaha saya order soto daging tp dapat soto ayam (balun je la) pastu ada nasi lemak ats meja saya amik lg.. hebat kan? hmm cemana nk diet ni.. hew hew hew....
Morning view kat pasar filipine, x sesak hahaha


soto ayam
After siap proses pemakanan, kitaorg meneruskan perjalanan ke Kundasang, otw to kitaorg singgah sebentar kat Pekan Nabalu, previous visit pon ada singgah sini. just tgk2 sikit2, lepas tu boleh la pulak makan durian kat sini kan.. hahaha semenanjung xde durian ke nyah? gile! haha Kalau nk beli souvenir sini pon ok, klu pandai tawar dpt je murah2.

Gerai pasat nabalu

Durian
Our 1st destination. Desa Dairy Farm, bak kate org view sini kekonon mcm kat new zealand, tah la macam non hade view mcm new zealand pon (sorry saya x penah ke new zealand duit dlm tabung ayam belom cukup), jalan pon berbatu-batu, rasa dah lama beroperasi why not tar elok2 jalan masuk kan? hmma da aku kisah nasib keta sewa je kan?

Ice cream from fresh milk. (sedap) lapa ni masa menulis


fefeeling obersea

Indahnya ciptaan Allah :)
 After penat posing memosing kat Desa Farm, next kitaorg plan nk ke hot poring but 1st singgah sebentar kat pasar tamu kat pekan kundasang,
Pasar Tamu Kundasang

Ni legend ok! zaman kanak2 kat sekolah makan ni 50 sen sebungkus, gaul2 kan dlm plastik lepas tu buat lobang kat hujung plastik and makan tolak2.. hahaha tatau kat semenanjung ada ke x? mmg saya belajar makan mcm ni kat sabah je zaman mude kanak2.. memory sgt kan

mcm da panjang je menaip? hmm nanti sambung lagi la... huhu... to be continue....

Wednesday, September 24, 2014

Sabah again? day 1

Hehe, Sabah again? well apa nk wat hamba mampu beli tiket dalam malaysia saja, klu luar negara europe ka tak mampu.. takpe yg penting Malaysia da abis jalan ke? Oh well 13 negeri dlm Malaysia dah pegi except pulau2 malaysia, Pulau yg dah jejak kat Malaysia Pulau Langkawi, Pulau Labuan ngn Pulau Besar Melaka. Hehe One day insyaAllah jejak pulau Malaysia plak. Back to story

21 Ogos 2014 (Thursday)
As usual tdo kat airport, plan nak naik kereta park dekat airport tp tuka plan sbb kire2 mcm naik bus lg berbaloi. 1st time jejak kaki kat KLIA2 ni, besau amat, sbb sampai subuh2 byk kedai belom bukak lg.. Flight kitaorg dlm kul 9.30 pg. nyesal beli time ni selalu beli flight paling awal 6.30pg hahahaha....
Sbb masih subuh hari org pon x ramai makcik ni pon tergolek tetengah jln men coc
 So kitaorg tiba kat KKIA 2 lebih kurang 12.30 tgh ari. Sewa kereta saga RM100/day, ok la kan?
So destinasi pertama seblom g check in hotel, cari makan. lapo yang hamat ni... as usual sini mmg femes and boleh kate semua kedai ada soto, semua kedai bukan seten kedai je. kira makanan ruji diaorg la kot. and sebagai seorg pendiet tegar order la soto, diet bah. Lupe plak nama kedai yg kitaorg pergi ni, sbb da lapa sgt sampai lupe nk snap snap gamba kedai segala. pastu dessert (dessert sgt ko) kitaorg order goreng pisang.

soto ayam

RM2, byk la kot. sedap. rasa pisang.
 
Perut kenyang hati girang, trus g cari hotel check in. nikmat rasa masuk hotel mandi-mandi refreshing gitew. pastu sambung jalan2 sekitar area Sinsuran (pasar philipine pasar besar) tapi sedikit sedih sbb hujan, paham je la klu hujan ni nk jalan pon susah lecak sana lecak sini. tp sbb da sampai kene la jalan jugak kan?
 
view from jejantas pasar besar ke complex sinsuran
Da abis jalan2, perut pon lapa, actually still early around 5.30pm (da nk gelap dah sini) tmpt paling senang makan kat pasar filipin. x amik seafood pon just snap2 gamba.



Sotong bakar


\mee goreng seafood, kemain byk mee dia



Lepas perut kenyang hati girang, balik otel and tido! hahaha.. hebat x? mmg ngantuk gile 1st day, 2nd day byk sket aktiviti and more energy gitew.. daaa.




Wednesday, August 13, 2014

Salmon grilled

Semalam saya tetibe teringin sangat sangat sangat nk makan salmon grilled. jadi nya saya jd chef secara tak rasmi. Cik Mar x makan western hari2 mesti dia masak nasi makan bersama ayam sambal or ikan keli sambal or talapia sambal kadang2 tempe sambal tak pon ikan bilis sambal. Korang nmpk x apa persamaan nya? semua nya sambal nasib muka belom jadi sambal. Nnt boleh tuka nama Cik Mar Sambal. Comel kan? mcm tuannye.
Hmm lari topik plak biasa la pompuan hahaha..
So sbb nk memuaskan nafsu tembolok ni terpaksa la saya shopping ikan salmon kt tesco murah rm6 je kot, klu jusco sudah rm12 -16 maybe size gk but shud be enuf tuk seorang makan. Meh saya nk share resepi salmon grilled, bahasa malaysia nye ikan salmon panggang bersama spageti carbonara. wow leleh hahaha


Sotong rm2, ikan rm6, air bliss kekonon ko diet la da nk makan apsta hahaha
So total damage tuk beli barang basah RM8 la.. dah menaip baru rasa ko tak payah masak la baik ko makan kedai jer kek dahnya.

So cara2 nk marinate ikan salmon, saya campak je semua benda lumur2 pastu grill, hebat tak saya?
Ok bahan2 saya guna, saya perah lemon, kemudian saya lumurkan dgn black pepper dan saya tabur mix herb. biar lebih kurang beberapa minit dan saya panggang. ( biar lama lg bagus la kan? tp saya tak kuasa sbb perut dah bernyanyi dgn gembira kan.)


Mix herbs
Settle panggang memanggang saya rasa mcm x cukup je nk makan salmon sahaja (acaner nk diet ni). Tiba-tiba saya teringat Ting! (ada mentol kt kepala) ada pasta dlm peti and ada sos Alfredo prego. dan jugak sotong beli kat tesco rm2. hahaha...
Nk buat ni lg senang gile... saya tawuk olive oil dlm periuk, sedikit sahaja. (myk masak sawit pon bole saja gatal nk pkai olive oil konon2 healthy). Lepas tu letak sotong, udang (and apa2 bahan yg korang ada. lastly masukkan sos alfredo tu masuk ikut sukatan anda. Nak tambah air pon boleh, ikut la jgn byk sangat air nnt cair dah jadi mcm buat susu nk minum lak.. Tada siap... So hiaskan la spageti carbonara anda dgn mix herb. menariik tertarik. tadaa siap...
Salmon grilled with spagethi carbonara
Pinggan tu menarikkkan? So kat salmon tu letak lemon perahkan rasa manis2 sedap juicy. Hmm meleleh air liur mak menaip ni.. pastu kt carbonara so creamy and tasteful. yummy.

Sapa lg nk puji kalau bukan diri sendiri kan?