Tuesday, August 2, 2016

Sambal sotong kembang

Ok pertama kali dalam sejarah hidup masak sambal sotong kembang ni. Dah kahwin kan kena lah belajar masak. Igt kan susah senang amat. Ceh berlagak kan. So makan berdua hanya beli 1 je
Sotong kembang sekembang alam
 
Ok seblom masak sy rendam dulu dgn air garam, lg elok klu ada limau nipis perahkan. Xde kat rumah jd sy guna apa yg ada je lah. Lama juga sy rendam tp dlm 15-30 min ok dh. Lepas tu cuci bersih2. So lepas dh cuci kita potong dia ikut bentuk anda suka. Memanjang memendek. Then rebuskan dia dlm masa 15min, sy rebus dgn garam gk. Klu ada asam keping masukkan asam keping. Masa ni kt umah xde so hentam ajr lah. 
Selepas rebus asingkan dan tapis. 
Selepas di rebus
So siap bahagian pertama, skng buat sambalnya pula. 
Bahan2
-bawang putih 2 ulas 
-bawang merah 1/2
-bawang besar 
-cili kisar (ni sy dh blend dgn belacan) 2-3 sudu
- gula 2 sudu
- garam 1 sudu kecil
-minyak 3 sudu
- sos tiram 1 sudu
- air ikut hati jgn byk sgt

Ok bawang putih dgn bawang merah tumbukkan yer, bawang besar potong jd mcm gelang2.
Mula2 panaskan minyak. Kemudian masukkan bawang merah dan bwg putih yg dah ditumbuk. Tumis sekajap then masukkan cili kisar. Tumis sehingga nmpk minyak naik. Lepas tu masukkan gula dan garam serta sos tiram. Kacau rata dan tmbh sedikit air kemudiaan masukkan sotong yg dah direbus tersebut. 
Klu rasa kuah kering sgt tmbh lg air. Biar sambal mendidih. Then masukkan bawang besar tu. Kacau bagi rata. Klu pkai cukup rasa tmbh sedikit. Klu xde pon dh ok👍.
Hasil masakan saya. sedap kan?
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...