Tak benar sama skali rumour ular tedung ni... sebabnye td singgah ke pasaraya cowboy dekat cheng, melaka. masih ramai orang dekat sana. parking pon penuh. so saja berhenti masuk tp tak dpt snap gamba luar sbb ujan sambil membeli coolblog depan tu baca la yg tertampal. Pihak pengurusan cowboy menyatakan tiada serangan ular tedung di dalam pasaraya tersebut.
erk snap kawasan troleey hehe
notis yg ditampal di pintu masuk
LAPORAN POLIS PERTAMA
korang leh baca ke?
Balai : Malim
Butir-butir pengadu
Nama : Aishah bt Abdul halim
Pekerjaan : Senior Supervisor
Pengadu menyatakan:
PADA 20/11/2011 SEMASA SAYA BEKERJA DI PASARAYA COWBOY TELAH DIBERITAHU OLEH PEKERJA SAYA SEMASA BELIAU SEDANG BEKERJA ADA BEBERAPA PELANGGAN YANG DATANG TELAH BERTANYAKAN 'PERNAH TAK PELANGGAN PASARAYA COWBOY DIPATUK ULAR DAN TIDAK PERNAH ADA PELANGGAN DIPATUK ULAR. SAYA TIDAK TAHU SIAPA YANG MENGADA-ADAKAN CERITA TERSEBUT. TUJUAN SAYA BUAT LAPORAN KERANA BERITA TERSEBUT ADALAH TIDAK BERNAR DAN BERTUJUAN MENJATUHKAN REPUTASI PASARAYA COWBOY. SEKIAN LAPORAN SAYA.
LAPORAN POLIS KEDUA
Balai : Malim
Butir-butir pengadu
Nama : Zahariah binti Amran
Pekerjaan : Senior Supervisor
Pengadu menyatakan:
PADA 6/12/2011 JAM LEBIH KURANG 4.08 PETANG SEMASA DI TEMPAT KERJA ALAMAT PASARAYA COWBOY TAMAN TEKNOLOGI CHENG MELAKA PIHAK PENGURUSAN SYATIKAT TELAH MENGESAN SATU PENYEBARAN BERTITA YANG TIDAK BENAR DI LAMAN SOSIAL FACEBOOK MILIK MYST LIZ YANG MENYATAKAN "KEPADA SESIAPA YANG SUKA PERGI KE COWBOY CHENG..TOLONG JGN PERGI BUAT MASA NI..SBB SUDAH BERLAKU KEMATIAN YANG MENGEJUTKAN HAMPUR 10 ORANG YANG MENJADI MANGSA PATUKAN ULAR TEDUNG YANG MASIH BERSEMBUNYI KAT DLM PASARAYA 2...KLU NAK TAU ADA SAKSI NMPK OWNER COWBOY TU BG PAMPASAN TUTOP MULUT KAT FAMILY MANGSA 1 JUTA SUPAYA X HEBOH PERKARA NI..SEBELUM PAPE BERLAKU KAT AHLI KELUARGA MSG2 BEK JGN PERGI KAT C2 DULU SEBELUM BOMBA SAH KAN SELAMAT" PIHAK PENGURUSAN TELAH MEMUTUSKAN UNTUK MENGAMBIL TINBDAKAN UNDANG-UNDANG KEPADA PENYEBAR MAKLUMAT TERSEBUT. SEKIAN LAPORAN SAYA.
haih dahsyat kan rumour ni? last nye statement takleh blah.. 10 org lak mati sebab ular tedung yang menganas kat cowboy.. semlm liz dgr 3 ni da 10.. lg kaya betul cowboy kasi sampai 1juta kan... 10 family 10juta?????? haih.... gile betul wat gosip nk sebarkan fitnah pon study dlu.. huhu.. try to search facebook tu.. tp xjumpe pon...