Wednesday, October 8, 2014

Mencari Istiqamah

Istiqamah, saya tak faham maksud dia tp selalu dgr org sebut, istiqamah. yer sy bukan org alim tapi saya suka membaca hal agama dan mendalaminya. at least saya cuba belajar, tau ramai mesti mencaci mengutuk, tak apa la terima jer. saya kenal diri saya dan saya tahu hati saya. people can say whatever they want. right? Bukan cinta manusia yg patut kita cari, tapi cinta Ilahi. Ya Allah terima kasih atas hidayah ini. Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku.

“..Barangsiapa diberi petunjuk oleh Allah,maka dialah yang mendapat petunjuk,dan barangsiapa yang disesatkaNya,maka engkau tidak akan mendapatkan seorang penolong yang dapat memberikan petunjuk kepadanya” (Al-Kahfi : 17)

Apa itu Istiqamah ; apa yang saya paham berterusan, sikap berterusan perbuatan yg baik berterusan (ini saya dgr dari radio, ustaz mana ckp tidak pula saya take note. tapi itu apa yg dia terangkan dan istiqamah juga dimaksudkan sebagai berdiri teguh ataupun tetap pendirian sepanjang masa atas dasar kebenaran dan petunjuk tanpa ragu-ragu.

Membentuk Sikap Istiqamah

Sikap Istiqamah dapat di bentuk dengan menanamkan unsur-unsur yang berikut ke dalam diri:
  1. Matlamat yang unggul iaitu berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. 
  2. Semangat dan daya juang yang tinggi serta tidak mudah mengalah atau berputus asa.
  3. Prinsip yang benar berasaskan Al-Quran dan hadis Rasullallahi Sallallahu Alaihi Wassalam. 
  4. Ilmu dan maklumat yang cukup.
  5. Strategi yang kemas dalam perjuangan.
  6. Usaha yang berterusan. 
  7. Yakin kepada takdir dan janji Allah Taala.
  8. Berdoa dan bertawakal.
  9. Bersyukur dan redha.
Sikap ini dapat diteladani daripada Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam, para sahabat, para mujahid, syuhada" dan salihin seperti yang tertera di dalam gambaran sejarah.

Tahap-tahap Istiqamah
Ada tiga tahap Istiqamah yang perlu berlaku serentak iaitu:
 
1. Istiqamah hati: sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman dengan cara menjaga kesucian hati daripada sifat syirik, menjauhi sifat-sifat cela seperti riak dan menyuburkan hati dengan sifat terpuji terutamanya ikhlas. Dengan kata-kata lain Istiqamah hati bermaksud mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran. Firman Allah Taala. (Surah Al-Furqan ' ayat 32 )
Dan orang-orang yang kafir berkata : "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali ( dengan sekali gus ) ? diturunkan Al-Quran dengan cara yang demikian kerana hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.

2. Istiqamah lisan: memelihara lisan atau tutur kata daripada kata-kata supaya sentiasa berkata benar dan jujur, setepat kata hati yang berpegang pada prinsip kebenaran dan jujur, tidak berpura-pura, tidak bermuka-muka dan tidak berdolak dalik. Istiqamah lisan terdapat pada orang yang beriman, berani menyatakan dan mempertahankan kebenaran dan hanya takut kepada Allah Taala. Firman Allah Taala: (Surah Ibrahim ' Ayat 27)
...Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.....
 
3. Istiqamah perubatan: Tekun berkerja atau melakukan amalan atau melakukan apa saja usaha untuk mencapai kejayaan yang di redhai Allah. Dengan kata-kata lain istikamah perbuatan merupakan sikap dedikasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan, perusahaan atau perjuangan menegakkan kebenaran, tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa. Sikap ini menjadi begitu rupa kerana dorongan hati yang istikamah.


Continue to search what is Istiqamah.

Ini travelog saya. doakan saya jumpa apa yang saya cari selama ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...