Tuesday, October 14, 2014

Sabah again? day 3 part 1

Day 3

Plan kitaorg untuk melawat/melihat/memerhati/menikmati... oh apa2 saja lah perkatyaan sesuai, Pulau-pulau di Sabah (bukans emua pulau). So sewa sebuah bot pada kadaran harga RM120 (3 pulau) so sumbat la berapa ramai org). So kalau korang nk cari rasa banyak area tetepi tu, and lagi senang korang mesti ada org approach korang terutama dekat area ada dolphin tu, ikan todak (roundabout). Kalau boleh cuba tawar harga tu, masa yg dpt 120 ni memula price diaorg buka 150 kot.. actually saya rasa boleh kurang sampai 100. tp bukan saya  yg pergi deal tu susah nk ckp berapa price boleh turun lg. Korang cuba la yer hehehe..

kat area sini la.. abai kan org posing tu.. peha cam peha ayam.. haishh.. sedap gitu wakaka
Ops lupa cite pagi tu g breakfast kedai sekitar kawasan hotel gk... so saya cuba nasi kuning ni.. nasi lemak kot? tp ada dish nasi lemak gk rasa dia berhalia sikit, tp mcm ansi lemak gk.. susah nye nk explain. Ok baru lepas google, nasi kuning ialah nasi kunyit. rasa? ok la sedap la.. akan tetapi saya ni on diet (diet la sgt) patut nasi ni kene la kurang kan.. tp tp dugaan tu terlalu kuat. hahaha.. hentam la
nasi kuning akak nasi kunyit
Ok kembali ke cerita pulau.. so our 1st destination (ops terspeaking london lak haha). macam saya cakap 3 pulau ; Pulau Sapi, Pulau Manukan and Pulau Mamutik. Destinasi pertama Pulau Sapi. Saya bukan la peminat tegar pulau atau pantai. But i love it, SubhanAllah cantik ciptaan Allah, tiada cacat cela nya. Saya suka tgk pemandangan keindahan alam ini. mmg cantik tak tipu. huhu
bayang-bayang saya yg mcm kurus je hahaha.. nampak ikan2 dlm air

Pulau Sapi Entrance

bayaran masuk untuk pulau

RM3 untuk semua pulau Tuanku Abdul Rahman

Jeti Pulau Sapi
Lupa nk cerita Entrance Fees tuk ke pulau RM3, bukan tuk 1 pulau semua pulau yer sekitar Sabah ni.  Kira pulau yg di declare di bawah Taman Tunku Abdul Rahman, bayar Rm3 tuk semua pulau. next pulau eprgi diaorg just cop je. Setau saya Pulau di bawah Taman Tunku Abdul Rahman ada 5 pulau, Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug.

Lepas da melawat pulau ni kan, baru tau ada flying fox or Zipline Ride dr Pulau Gaya ke Pulau Sapi, best kan? adoi rugi tatau awal2 (ni akibat tak study awal2.) tak ada perancangan pn nk ke pulau-pulau ni.. kalau tahu mmg buat dah. Masa yg diambil dr pulau gaya ke pulau sapi around 30-40 sec,
Gamba sumber dr google,. nampak best kan?
 Ok cukup cerita pasal pulau sapi, next destination is Pulau Manukan. Nice place but crowded sgt x mcm kat pulau sapi x berapa crowded. tp mmg 3-3 pulau ni, Pulau Sapi paling cantik bagi saya. lain org lain mata hati dia kan?

Pulau Manukan entrance

Oulau manukan view pantai, saya m ls nk mandi hahaha

Pulau Mamutik Entrance

Pulau Mamutik : ada penduduk tempatan sini pgl pulau korea, sgt ramai org korea kat sini ok!

jeti pulau mamutik

Fefeeling baywatch, hahahahaha.... abaikan peha ayam tu... ni time kat pulau sapi, x ramai org... candid ok.. actually tgh tangkap gamba lompat2 si katak lepas tu cam termaluan sendirian so lari, adik tersnap ini gamba so kecomelan sgt kan? nk muntah korang bace kan?

 Ok settle sudah aktiviti island hopping thuk hari ketiga, next aktivit makan malam dan merayau ke Pasar kampung air, daaa... nnt sambung kat pos lain....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...