Saturday, October 22, 2016

Cuti-Cuti Malaysia Pulau Langkawi Part 3

Day 3, Pulau Langkawi, Kedah

Aktiviti kami pada hari ni mesti lah naik SkyCab atau nama malaysia dia kereta kabel terletak diterletak di Gunung Mat Chinchang, Langkawi, Kedah, Malaysia. So kalau nk guna GPS ke leh waze kan ke Oriental village, klu nk redah pon boleh banyak papan tanda. apa2 mesti melalui pantai kok.

Kitaorg kesini x sarapan pon budget nk sarapan kat Oriental village, byk kedai belom buka lebih kurang pukul 9.30 pagi, last2 pergi food court dia xde apa ada nasi lemak siap bungkus. garang pula pakcik tu. lapa makan je lah. so sarapan pagi tu rm5 jer. teh ais teh jalang hubby ckp susu je byk huhu.. lepas settle makan nk ke sky cab br nmpk kedai2 lain. xpe lah janji lapik perut kan.

Di kawasan Oriental Village ni ada SkyBridge, SkyDome, SkyAdverture Park, Geopark Hotel dan kedai-kedai yang menjual cenderamata.Harga tiket untuk rakyat malaysia RM30. (dulu pergi rm15 sahaja). So semasa beli tiket kene tunjuk IC kalau tak harga dia RM45.

Entrance nk masuk ke skycab.
Masa beratur ni sebelum naik kereta kabel kita akan di sajikan dgn 3d movie naik roller coaster, mybe utk hilangkan gayat naik sky cab nanti.

Sky cab ni ada 3 station, base station, middle station dan top.

Telaga Tujuh
Dari atas kereta kabel kelihatan telaga tujuh yg kami panjat semlm, mmg agak tinggi yer. rasa2 mmg xkan naik lg lah. :P
Berhenti sekejap di middle station
Klu ikut hati dah lupe sepatut x perlu turun pon middle station tp ok je klu nk trun tgk kan.
nmpk kabus tebal memenuhi tu
Selepas middle station mmg kabus agak tebal yer. x nmpk apa2 dh. so xde lah rasa seram sejuk sgt. cume rasa sejuk nyaman je huhu
posing sket
Akhirnya kami tiba di tingkat yg teratas. yeah....
mangga love nama org2, dah mcm korea, jepun, bukit bendera :P
Walaupon agak kecewa tak dpt tgk pemandangan langsung tp sejuk sgt dgn kabus tebal
posing je lah.
Then kami plan nak ke sky bridge (jambatan tergantung) harga untuk ke sini sky trex RM5 dan sky Glider RM15. Tp hujung station di tutup sementara agak kecewa sedikit, kitaorg minum kat atas ni order nescafe and french toast pelapik perut. nasib baik sedap lah jugak. ramai berteduh sebab hujan turun. sementara tunggu kaunter sky bridge buka.
Minum sky cafe
Selepas emnunggu lebih kurang 30min lah kot kaunter sky bridge di buka kami decide amik sky glider memikirkan hujan yg turun takut trex jalan kaki bahaya. lepas ni next time akan guna sky trex je.
Posing jp atas sky glass ?sky bridge
Ok atas ni sejuk yg amat dan tak nmpk apa2 pon, duduk atas glas tu pon x nmpk apa tp terasa bergoyang2 yer jambatan ni ngilu rasa.

Lepas abis jalan di sini kami balik je terus perut berkeroncong, asik makan je kan? mana tak bertambah tembam. otw balik kami singgah di telaga harbour park, korang parking kereta di petronas. amik gamba kat yatch ni fefeeling naik yatch ok :P
alololo
OK masa ni dh pukul 2 petang, perut pon dh berkeroncong, igt nk cari kerabu bronok tp takut jauh, last pergi ke Restoran Jom Ikan Bakar,

Konsep dia air free, tp biasa lah air free air sirap dan teh o. Klu nak order air lain pon boleh.
Lauk mmg ada perbagai lauk. sbb agak lewat utk kami makan lauk pon x berapa nk byk sgt.

Jom Ikan Bakar

Lauk pauk Jom Ikan Bakar

Eh sengih pulak

Amik sotong bakar yumm yummm
So Hubby amik ikan semilang dan sy amik lauk daging kot dan sotong 2 ketul total harga lebih kurang RM24. so ok lah tu kan.

Lepas tu akmi trus balik ke hotel merehatkan badan penat tau. petang tu hubby ajak keluar semula ye lah esok dah balik, kejap je kan. rasa x puas lg. So kitaorg pergi makan laksa ikan sekoq lg. korang pilih jelah gerai mana rasa sama je.

i choose laksa ikan sekoq and pasemboq nyumm nyumm

Saje je order air kelapa bukan selalu minum kan sambil tgk kapal terbang mendarat. bestt
So total makan kat gerai ni RM19. ok lah takde mahal sgt dan xde murah sgt air kelapa kan off coz mahal.

Then selepas tu kitaorg ke telaga harbour park lg nk amik gamba tak puas. view sini sgt cantik dan tenang tak silap kaw pantai kok jugak. kitaorg amik gamba kat rumah api. cantik
The view from telaga harbour park

Hubby melayan amikg amba 360.
Ok mlm nye kami igt nk jln di pantai cenang tp masih awal so balik ke hotel, rehat pulul 9 keluar cari makan. kitaorg makan di restoran haji ramli, well rasa dia so-so je layanan pon nak taknak muka masa masa tu pon x ramai org pon ada 2 table je kami dtg jd 3 table. harga pon hampeh. siakap 100gm rm8, klu kat wan htai 100gm rm6.50. oh nnt sy review pasal makan di restoran haji ramli ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...