Wednesday, October 19, 2016

Cuti-Cuti Malaysia Pulau Langkawi Part 1

Langkawi part 1

Ok sekian lama x menulis entry, cerita Phuket Krabi, Cambodia semua x settle lg. xpe lah kita cite destinasi dalam Malaysia dulu. Tahun ni 19-March-2016 Liz selamat di ijab kabulkan. (ceh..ayat geli plak). So mmg agak busy tahun ni.. kitaorg pon honeymoon Melaka dgn KL je.. stay hotel melaka Casa Del Rio lepas tu sambung la kat The Swiss. both hotel mmg best.. nnt lah review.

So entry kali ni nk cerita Langkawi. masuk ni 3 kali kesana. tp seblom ni mcm x merayau sgt. kali ni mmg terjah abis abisan. pertama sy cerita budget sy dulu.

Overall Expenses Cost
Flight Ticket x2pax (MAS)
RM260.00
Car rent RM180.00
Hotel RM240.00
Fuel RM40.00
Cable Car  x2pax RM60.00
Ticket Bus (MLK-KLIA) RM100.00

Total expenses = RM880.00

Total perbelanjaan di atas untuk 2 orang. so budget untuk seorang dlm RM440. Tak termasuk makan yer. secara basic duit makan sehari rm100 utk kami berdua. dan shopping coklat tu abis dlm RM300 lbh. terpulang pada badan k. :p

So hari pertama kami bertolak dr Melaka dalam pukul 8 pagi, agak awal sampai ke KLIA lebih kurang pukul 11 pagi. KLIA ni agak bosan yer compare dgn KLIA2,  So Flight kami pukul 2.30 ptg. mmg mati kutu x kemana cari starbuck pon xde, last2 lepak OldTown je lah dah kelaparan sgt kan.



Suka tgk ni :P

Sebab flight sedikit lewar kitaorg tiba di Langkawi International Airport pukul 3.50ptg suppose dlm 3.30ptg.

Tibe je trus whatsapp org kereta sewa, kereta sewa kat sini byk sgt. ikut korang nak terjah je boleh tp takut takde kereta idaman hati lah. mcm Liz booking siap2. senang nnk sampai nk deal price semua buang masa kan. Lepas pick up kereta, deal ngn owner kereta pon senena just byr balance dan pulangkan tgl je kat airport x perlu deposit. kan mudah.
Ok sbb perut pon dah berkeroncong kitaorg decide nk pergi makan Laksa Ikan Sekoq tepi airport. Terlajak sampai ke pantai cenang plak sebab saje pusing2, sbb dah terlajak kitaorg check in siap2. letak beg semua keluar semula cari makan.
Pasembor
Laksa Ikan Sekoq
Us :x

Review Liz tentang Laksa Ikan Sekoq ni, biasa saje takde lah WOW sgt. buat ok lah buat lapik perut di petang yg lapar ni. Lepas makan kitaorg trus blk hotel, penat yg amat, En Husband nk tidur kejap kate nye.. so rest je lah..

Malam lepas magrib ktiaorg ke tempat yg viral. Restoran Seashells, Laman padi, Pantai Chenang. harga mmg mahal gile, berubah sgt dgn blogger lain share. so dh duduk serbe salah nk bangun jd kitaorg Order set ikan siakap masak stim. Review restoran Seashells KLIK SINI

Settle makan kitaorg balik dgn senang hati walaupon sedikit kecewa lah. tp rezki jgn di tolak.
Dissappointed face :P







Thursday, August 4, 2016

Mencari kucing hilang

Pertama kali hadapi pengalaman kehilangan kucing. "Oh my malay" maaf kan bahasa terabur.
Kucing ni br dpt dr bff as hadiah kahwin katanya. Persian kot. Sgt comel. Jantan dah vaksin dh sunat dh deworm. Berat around 4-5kg.

Nmpk x kebesaran kucing tu, dia halang isnin pg subuh2 around 4-5am. Walau pon br sampai akal panjang. Letak dlm bilik dan dia tgk kucing sekornlg bukanpintu jd belajar dan buat. Yg hebatnya 1st try trus lepas. Masa tu subuh kan tuannya tdo mati lah. So lebih kurang 2 minggu gk hilang. 

So cara2 sy men cari kucing

1. cepat2 cari. Jgn lengah2 kan pg tu mmg masuk keje lmbt mencari pergi keje pon xde mood risaukan dia sbb tempat barukan. Dalam masa sama pesan org keliling kalau2 ternampak atau terambil. 

2. Bawa torchlight; siang atau malam sbb apa klu tersuluh mata kucing akan bersinarkan. Senang nk detect. 

3. Pgl dgn lembut jgn kasar keras. Risau dia takut dan lari lebih jauh.

4. Teliti klu ada pakai kan loceng dgr klu kucing anda manja pasti akan keluarkan bunyi dia takut dia terseput kat mana2 kan

5. Klu ada makanan kegemaran atau mainan kegemaran bawa sekali boleh tarik perhatian dia. 

6. Klu susah nk tangkap guna solusi mcm sy gunakan perangkap musang. 

Sy beli perangkap ni di kedai hard ware. Kenapa sy beli sbb 3 hari selepas hilang sy terjumpa dia tp amat susah nk tngkap. Lari mcm tikus. Menyelinap dan x nak mahu keluar. Memikirkan dia kucing rumah jd mmg dia mmg x kan lari jauh. 
Permulaan pasang perangkap mmg mengecewakan sbb kucing lain yg masuk. Selepas seminggu dh mula tawar hati mcm takde harapan tp masih mencuba tuka posisi perangkap. Alhamdulillah pg td dpt tangkap dia. Tp mmg dh lain betul rupa.

Syukur alhamdulillah. Sy x lupa gak hari2 berdoa pada Allah untuk tunjukkan jln pulang pada si comel ni. 

So harap kawan2 yg kehilangan kucing jgn putus asa. InsyaAllah usaha dan tawakal pasti jumpe. Klu x jumpe gk kita redha dan doa berharap dia berada dintgn org yg betul.

Gamba masa baby.




Tuesday, August 2, 2016

Sambal sotong kembang

Ok pertama kali dalam sejarah hidup masak sambal sotong kembang ni. Dah kahwin kan kena lah belajar masak. Igt kan susah senang amat. Ceh berlagak kan. So makan berdua hanya beli 1 je
Sotong kembang sekembang alam
 
Ok seblom masak sy rendam dulu dgn air garam, lg elok klu ada limau nipis perahkan. Xde kat rumah jd sy guna apa yg ada je lah. Lama juga sy rendam tp dlm 15-30 min ok dh. Lepas tu cuci bersih2. So lepas dh cuci kita potong dia ikut bentuk anda suka. Memanjang memendek. Then rebuskan dia dlm masa 15min, sy rebus dgn garam gk. Klu ada asam keping masukkan asam keping. Masa ni kt umah xde so hentam ajr lah. 
Selepas rebus asingkan dan tapis. 
Selepas di rebus
So siap bahagian pertama, skng buat sambalnya pula. 
Bahan2
-bawang putih 2 ulas 
-bawang merah 1/2
-bawang besar 
-cili kisar (ni sy dh blend dgn belacan) 2-3 sudu
- gula 2 sudu
- garam 1 sudu kecil
-minyak 3 sudu
- sos tiram 1 sudu
- air ikut hati jgn byk sgt

Ok bawang putih dgn bawang merah tumbukkan yer, bawang besar potong jd mcm gelang2.
Mula2 panaskan minyak. Kemudian masukkan bawang merah dan bwg putih yg dah ditumbuk. Tumis sekajap then masukkan cili kisar. Tumis sehingga nmpk minyak naik. Lepas tu masukkan gula dan garam serta sos tiram. Kacau rata dan tmbh sedikit air kemudiaan masukkan sotong yg dah direbus tersebut. 
Klu rasa kuah kering sgt tmbh lg air. Biar sambal mendidih. Then masukkan bawang besar tu. Kacau bagi rata. Klu pkai cukup rasa tmbh sedikit. Klu xde pon dh ok👍.
Hasil masakan saya. sedap kan?
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...