Wednesday, January 28, 2015

JJCM Kuching, Sarawak Part 3

Day 2 JJCM Kuching

rise and shine, wah semangat hari ni. kitaorg nk ke Pasar Serikin, anyway apa2 perlu lah breakfast dlu. So menjadi kebiasaan if datang sini mesti sarapan kat coffee o' corner, GPS Coordinate
Coffee o' corner
Laksa Sarawak

Mee Jawa
Lepas kenyang kitaorg trus ke Pasar Serikin, pasar ni lebih kurang padang besar, kebanyakkan barang yg dijual dari Indonesia. GPS coordinates untuk ke pasar serikin, N01°19.656’ E110°0.211’
Pasar ini dibuka dari hari sabtu dan ahad sahaja, and ahad selalu nye setgh hari jer, korang sampai petang ahad byk kedai dah tutup, sbb penjual kat sini mostly dr Indonesia. mcm2 barang ada jual telekung, kain, langsir (owh mak mak sure suke semua ni). Liz datang sini just melawat jer.. ahaks.. benda wajib tuk beli kat sini 1. kopi torabika and 2. popia cheese. lain2 tu terbeli.. dapat la beli 1 skirt ngn jaket yg kat h&m rm 250, sini 25. design almost the same hahaha... tp sendat mak pakai jd simpan tepi jer.

Pasar Serikin Entrance
Pasar Serikin

Some of kerepek yg di jual; a must buy popia cheese *thumb up*
Owh ceria akak jual kerepek ni sebab ktiaorg beli, siap buat open house. suruh rasa semua, kenyang jugak la semua jenis popia di makan. rasa mostly byk2 gerai, ini gerai paling ceria hehehe...

lot of 3 in 1 coffee jual sini, op coz wajib beli kopi torabika cappucino; rasa superb
Lepas da penat berjalan kat pasar serikin, our next destination is Fairy Cave, or also known as Gua Pari. ikut trip korang mcm mana susun, ada setengah org prefer pergi gua dlu baru singgah pasar serikin, igt yer sini sgt panas. (klu g musim ujan x panas la), so Liz prefer pegi pasar serikin pagi, and lain2 waktu balik. tak sanggup berpanas. (mcm putih mcm puteri salju)

Fairy Cave
Fairy cave ni senang jer nak cari mmg akan jumpe on the way balik or pergi ke Pasar Serikin, actually sesat gk Liz tnya local people. so jgn malu bertanya nnt sesat siapa susah?

Entrance Fee
Bayaran masuk untuk Fairy Cave ini RM1.00 untuk rakyat Malaysia and RM5.00 untuk kokesen erk, foreigner. hehehe
Adult pass for fairy cave
Ok pengakuan ikhlas, x penah masuk gua seumur hidup. jap pikir. mmm mmg x penah, apa lg panjat bukit. last time panjang gunung kinabalu (rasa mcm hebat kan ? panjat 600 m je kot... tu pon cungap mcm separuh nyawa ku pergi. (refer post sabah). ok bila saya tgk je tangga nk naik ni... muka macam oh takde la tinggi sgt.
Nampak x? tak tinggi sgt kat mulut cakap, dalam hati... abis la...
This is top of the stair before masuk Fairy Cave. hahaha setiap tingkap wajib amik gamba selfie (rehat kejap penat)
Rasa mcm tangga nak masuk ke gua tu ada 6 tingkap yg tinggi2. wah wah... ku igt derita ku sampai di tangga sahaja rupa2 masuk dalam guna kene daki lg. and lagi mencabar, dan saya hanya pakai selipar jepon brand flippers. hahaha
Ok pintu masuk permulaan pendakian
Kene naik atas lg, tapi sy tak kemampuan, mmg rasa segala peluh jantan betina semua keluar, sgt tinggi kalau daki lg mmg pengsan terus. kene panggil abg bomba plak (ceh jauh berangan). ok bile tgk gamba ni kenapa aku x beli GoPro awal2.
Lepas abis jalan dalam Fairy Cave harus lah turun laju2, seram kot takut tergolek... our next destination wind cave, atau di kenali Gua Angin (nampak tak sy direct translate je). ok kat gua ni kitaorg usha sungai dia jer. mls dah nak panjat gua, belom lunch kot, just makan popia cheese akak pasar serikin. tu pon nasib baik dia buat open house :P

Wind Cave @ Gua Angin
ikut google cakap sungai sarawak anak anak boleh mandi. sebenar kitaorg geram gk sbb dah berpeluh peluh panjang fairy cave dpt berendam kt sini kan best tp takde bawak baju. cuci mata jer la
Wind cave
Ok lepas abis snap snap gamba kitaorg decide cari tempat makan, but no idea, sempat singgah snap gamba kat tasik biru (otw balik mmg akan jumpe). Tasik Biru ni mmg biru, tasik biru ni wujud dari lombong emas. Ramai yang tidak tahu, tasik ini menyimpan emas yang paling cantik serta berkualiti di dunia. tp sbb ada bantahan dari penduduk tempatan so aktiviti perlombongan di hentikan.

Tasik Biru
Sebenar kitaorg x jumpe kedai makan pon, kat kuching ni susah nk suggest kedai makan tuk lunch, last last kitaorg g balik coffee o corner order roti paratha special ni (lupa dah nama dia) and also nasi goreng ikan terubuk. yum yum
Roti paratha
3 layers, teh peng special
Nasi Goreng ikan terubuk
ok penat menaip, im sure byk typo kat atas tu.. nnt la review balik :P
later update, br balik dr trip Saigon. so kene laju laju siapkan pasal kuching baru leh tulis pasal saigon.
 

Monday, January 12, 2015

crunchy caramel almond @ Florentine Cookies

Tiba-tiba terasa nak membakar, haha janji ada bunyi. Memula igt nk buat cream puff tp mcm malas sbb byk step kan, so for the first time saya mencuba buatl crunchy caramel almond atau di kenali florentin cookies. so ada org minx resepi florentin cookeis ni so sy share kt sini je la.
Shopping bahan2, tepung florenta price RM16

Bahan-bahan
200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Gaulkan dgn tepung florenta

Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Panaskan oven pada suhu 160C
Kemudian alas loyang dgn kertas kek, tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan. Kene segera potong kalau dah keras makan patah2 sendiri je la
Siap di masak, yummeh meriah kan?

Simpan dalam bekas kedap udara.

Obviously biskut ni healthy and sedap. Cuma sedikit manis. But skali cuba mesti nak lg 😜😜😜

Selamat mencuba

JJCM Kuching, Sarawak Part 2

Ehem, hi hi hoi, as the entry kali ni di nama kan JJCM, jalan jalan cari makan. mmg motif nye adalah untuk mengemukkan diri la. So around 7, sini magrib awal 6 lbh. kitaorg da menapak ke Top Spot food Court. favourite place untuk seafood Kuching Sarawak. Yummeh.. meleleh tgh type ni.

So kat top spot ni ada few kedai, ada yg mmg dapat halal rasa no 10 dgn no 25 and few so kene belek2 sikit kedai ni. Saya selalu cuba no 10 jer, no 25 kwn ada cuba ckp mabeles tp masa nk cuba dia xde lobster ngn udang galah so g kedai lain la.
kedai no 10 @ ABC Seafood

actually diaorg mcm gubna beras wangi jer.. selera makan ko hahaha.... tp kan x abis sbb leka ratah lauk
Midin goreng belacan, a must try dishes bile datang sarawak ni. crunchy juicy gitu rasa dia.

Ketam masak telur masin, salted egg bahse omputih. sedap gile juicy isi penuh.. ahhh da la belom sarapan masa tulis ni

Udang masak nestum, wow wee ni mmg puas udang gemok2 alam gitu. meleleh lg air liur bak kate omputih watering my mouth gitu

jeng jeng jeng ni butter lobter. lobster masak butter. tak namapk gupe lobster dah sbb da di potong2 tp seriously sedap
 
fresh orange, for drink mmg bayar seperate each air buah ni range rm4-5, dia ada byk stall air so berbeza harga setiap stall. but still worth it sbb gelas besar.

Total damage tuk hari ni RM108. rasa nya agak murah dgn ketam udang and also lobster. i can't resist the food. nk tgk tiket murah sekarang jugak! hahaha
tgk nasi tak abis rugi jer, suppose amik 1 nasi je.. hehehe... tgk la licing kitaorg sental.. mmg berbaloi and kenyang habis
So settle makan2 blk hotel je dah tak larat jalan untuk hari ni. penat sgt ke? huhu... penat menapak apstu perut kenyang yang hamat.... bloated.



da duk bilik bukan leh tdo lak, layan kan movie jer. cer teka movie pe :P
Ok la end of part 2, nnt sambung part 3. we decided untuk pergi ke pasar serikin plak


Top Spot Food Court (Taman Kereta Food Court)
Jalan Padungan, Kuching
GPS Coordinates: N1 33.367 E110 21.145

Friday, January 9, 2015

JJCM Kuching, Sarawak Part 1

Opsi, Kuching again. hahaha suke sgt repeat pergi tempat sama berkali-kali kan? Kuching ni ada lah kali ke 4. hahaha seriously Kuching best, org sure tanya tak bosan ke pergi Kuching byk kali. Nope tak bosan, even now rasa nk  repeat lg. hahaha...

Flight kami jam 12.55 tgh hari, so mesti gerak dr melaka awal pg, ini kali kedua sy menjejak kaki ke klia2 sejak dia beroperasi (ok sy tak nak guna broken english malay dah ; azam tahun baru ni). saya ni nebes punya org, eh gemuruh so semua nya mesti la selamat dan tepat. apa saya cuba sampaikan ni.. ok bolayan. so tiket bus dr melaka ke klia2 saya beli 6.30 am, harga tiket RM24.10, consider murah compare kita nk parking sana dgn tol myk lg kan? as backpacker kene lah berjimat cermat sehabis boleh.

satu sifat buruk saya, satu je ke? suka packing baju last minute, tp xpenah lg tercicir apa2.. ops br teringat time nk snap gamba tak boleh on rupa2 bateri tinggal melaka la. hahaha pkai la kamera hp sahaja, nasib lawa juga kan.

baru sedar tgk baju semua merah kan? hahaha mesti org tgk saya mcm takde baju lain.
tiket bus 6.30 pg, tiba kt melaka centra 6.25 pg, hebat x?

 
Ok i hate morning, sbb apa sakit perut nk terkencing semua ada. and bus non stop.. bayang kan sy menahan selama 1 jam lebih. nak menangis rasa.. tiba kat klia2 around 8.30 am. so perjalanan 2 jam.
 
Setiba je di KLIA2 lari trus g toilet, kesian kan? apa pon kitaorg cek dlu our flight schedule kat information board, sini merata2 so jgn risau.
our flight kat gate J7
Sebab masa masih awal, kitaorg lapa tau tak. tatau nak makan mana, sini semua la dabel the price, maggi goreng mamak pon rm12. gile ko semlm ak makan kt kedai mamak rm 4 siap telor goyang, hahaha.. eh ini bukan dabel tp triple. tp normal la nama pon airport international kan. ko tanak kenapa x bwk je bekal dr rumah? ok
so we decided makan kat satu kedai comel, price not bad. still consider murah di kalangan kedai kedai lain (boleh ke guna di kalangan?)
 
Nama kedai Nyonya delights, makanan yang saya order? chee cheong fun curry, ini mmg favorite zaman berzaman until sy demam teruk makan benda ni terus benci dia until sy makan blk kt klia2 ni. motip cite detail? hahaha tp tu hakikatnya, nasib baik mmg sedap and puas hati makan sini. kawan saya cik mar biasa lah dia nasi lemak. lupa snap gamba nasi lemak dia (ops bunyi semacam lak) tp nasi lemak biasa la kat mana2 ada jual.
 
delicious chee cheong fun sedap recommended.
Lepas tu jalan2 ccuci mata tgk kedai2 butik2 kat sini. sambil berangan bila la pakwe aku nak belikan aku pandora ni (masalah xde pakwe) so berangan je sambil meleleh air liur. Lepas penat pusing-pusing ini klia2 tiba masa boleh masuk boarding area dah, and teka apa, flight delay. tp xde la delay sangat setengah jam mungkin? oh ini kelakar.
 
Mar : kak kak, tu mcm hafiz (belakang kitaorg).
Aku : hafiz mana? akak mana kenal retis retis ni..
Mar : ala hafiz AF yg nyanyi awan nano tu
****krikk krikk krikk** muka blur sambil pikir*
Aku : mmm oo yg nyanyi lagu bahagiamua apa tu eh
Mar : aah la kak tu dia
Aku : bukan la klu betul kompom la gamai nk amik gamba ngn dia
****a few moment of silent***
Mar : betul lah kak tu hafiz, tgk org amik gmba
Aku : ooooooo... hahaha s*tgk je Mar dgn gedik dia*
 
yang kelakar nya mak si hafiz af ni duk belakang saya jer, kompom la dlm hati dia bermaki berbakul bakul, poyo minah ni tak kenal anak aku. hahaha
Hafiz AF ngn mak dia yg cover cun sbb mesti dia perasan saya snaop gamba dia..
Ok kenapa tiba-tiba hafiz di depan saya? owh sbb dah beratur sekali dia ckp flight delay so duduk, hafiz pilih untuk duduk di depan gadis comel seperti saya. hahaha haktuih... mohon muntah.
Ok selepas setgh jam, (tah tah 10 min jer), kitaorg da boleh masuk bilon (bahasa sarawak untuk kapal terbang). Owh yg paling menakjubkan ramai betul org borong roti gardenia ni. diaorg cakap mmg sedap semenanjung punya compare sabah sarawak. kenapa eh resepi dia x sama?
tgk roti gardenia berbondong bondong, eh sebenar nk snap gamba roti ke bontot hafiz? ish ish
Alhamdulillah flight smooth, kereta kitaorg sewa perodua viva Rm80 sehari, ok la kan? saya amik dgn Hana can contact this number untuk kereta sewa di kuching 012-8952003.

tune hotel, bersih kan? hotel budget yg persis hotel 5 star. yg penting bersih and ada toilet.


got this cute tune hotel bag.
Tune hotel ni saya tempah masa promo dapat Rm136.92 untuk 3 malam termasuk aircond, tv, and wifi serta tuala. murah kan? tp wifi dia mcm tak berguna je, slow sgt pastu asik putus nak war COC pon susah. hahaha.
Masa kitaorg tiba ni hujan lebat gk, tapi igt nak jalan2 seberang merasa kek lapis, merasa sahaja x membeli. hahaha kira lunch free la ni.
Naik sampan perahu ni ke seberang dgn bayaran 50 sen jer. murah kan? hehe takkan la nk charge 5 hinggit lak.
mee kolok goreng, yummy serious sedap share 2 org sbb kan? mlm nk mentah kedarah seafood.
pisang cheese
Seriously pisang cheese kat sarawak ni da lama ok, kat melaka or semenanjung br start nak pemes, sini mmg berkurun pemes. and dah rasa kat melaka punya tak sesedap kat sarawak. so kalau datang sini cuba lah mmg sedap. tak kecewa. cheese melambak. ahahaha am i a good promoter?
 
 
Penat bebel la entry ni, seronok menulis, harap mood ini selama-lamanya. ok saya sambung tulis esok pulak yer.
 
Assalamualaikum
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Tuesday, January 6, 2015

Sabah again? Last day

Rise and shine, our last day in Kota Kinabalu. Activity? bersepah hahaha... so activity 1st of coz la breakfast.. pepagi perut lapa kan? Kitaorg breakfast kedai kat area hotel je mls nk mencari (slalo klu ngn geng berjalan for sure akan research tempat makan best, tp sbb ngn family kan tekak org tua ni lain kang x kene pada tekak mereka pulak kan?)

Mee goreng yg byk

Maggi goreng telor goyang hahaha
Lepas perut kenyang hati girang, we decided pergi pasar tani gaya street, i realized so many pasar kat ssabah ni so tak kebosanan klu takde tempat or arah tuju, but as usual semua pasar sama je mesti ada jual mutiara. tp untuk pasar tani kt gaya street or maybe orang pgl sunday market? dia lain sikit mcm pasar pagi kt tempat kita. jual sarapan pagi, jual sayur sayuran, and few souvenir.
sunday market @gaya street


Lepas tu kitaorg jalan2 kat bukit bendera also known as signal hill, jgn igt penang je ada bukit bendera, sabah pon ada tau.
signal hill of kota kinabalu
view from bukit bendera



ini saja yg dpt di refresh dr kepala otak ni pasal 2nd trips to Kota Kinabalu, wah bulan 10 thn lepas bulan 1 tahun ni br siap tulis.. pemalas nyer... hahaha next nk tls trip to Kuching Sarawak. daaa



















 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...