Tuesday, April 1, 2014

Sabah Day 4 (Last day)

4 Mar 2014

Rise and shine. ahaks.. sambil mengeliat kan.. bgn pagi2 sejukkk... aktiviti pagi ni.. x byk pon.. tp yg pasti cari sarapan pagi! hotel ada sedia kan sarapan pagi, tp kami kurang berminat nk menjengah atau melihat apa yg di sedia kan (ceh skema ayat ko nyah). So siap2 mandi semua kami memula kan perjalanan. Keluar dr hotel ke kanan. menuju ke Pasar Besar Kota Kinabalu. Tujuan? nk beli ikan nak masak la. hahaha.. percaya la sgt.. so pada firasat kami lah, klu kat pasar besar sure ada food court. So kami nk try makan kat food court dia. so sy mencuba ahaks mihun goreng (mmg peberet) ngn ayam goreng je. Pekjah try nasi campur. actually mmg terbaik lauk pauk dia.. semua sedap and semua murah belaka. haha korang jgn terkejut kitaorg amik semua lauk hahaha.... Makcik kedai tu sampai ckp "amik la amik la gamba" hahaha dasyat je bunyi nye kan



 
Umai

Ikan buntal "eh boleh makan ke ikan ni. kate pekjah. Makcik tu jwp "da aku masak boleh la makan" lawok makcik.

rumpai laut sedap.

ikan jerung. mcm buat kerabu kot.
Ubi kayu kot. makan ngn lauk pauk makcik tu ckp.
 
ni korang tau la apa.. haha baik makan naik lauk mcm best habis.
setiap pinggan lauk kat ayas RM2, ayam goreng tu pon RM2, bihun RM2, urm total dalam Rm19 kot tuk 2 org makan dgn lauk pauk penoh tu, kire ok la kan? perut kenyang hati girang. hahaha
Lepas tu kitaorg berjalan lg menuju ke atas, saja jalan2 amik angin la. sempat jalan dlm pasar besar, pekjah excited dgn buah avocado bapak besau kata dia. lepas tu ada jual buah potong. so beli la jambu letak asam siap.
Pasar Besar Kota Kinabalu
Excited dgn buah avocado bapak besau dia
 
makcik sibuk pilih buah potong nk makan je keje/
kitaorg ke atas lagi jalan, kat sini jetty tempat org nk buat island hopping. mcm best je buat island hopping. tp iols bukan island nye org. sesekali sesekala boleh la. last wat island hopping pon masa kat Krabi dlu. tu pon mcm beruk sorang2 berenang sebab yg sorang takut air sorang bendera merah. hahahaha lari topic lak. sabah ke thailand ni hahaha.. so kat sini byk la benda2 leh posing amik gamba. so pelbagai gaya dr kami berdua dia persembahkan.
Comel tak? dolphin tu lah
cantik kan laut? ahaks
Ikan todak roundabout

Ok patah blk tu kitaorg singgap beli frozen food. Makanan laut yg disejuk bekukan. so boleh lah pekjah bwk blk tuk laki dia yg mengidam udang besau2. iols x borong pon. pekjah je borong. iols kan membudget je keje.. hahaha.. amik la udang yg packing kecik dlm rm30 (ni pon lom bayar pekjah lg haha)
frozen seafood
Pekjah dgn lobster
Settle shopping barang frozen, kitaorg balik ke hotel semula. terjumpe dgn budak minx sedekah. kesian tp kitaorg bagi buah potong yg dibeli td je. ramai kanak2 mcm ni kat sini. harap2 ada la org buka mata tentang permasalahan ini. (huhu)

Sebelom sampai hotel pekjah sempat memborong baju overall tuk anak dia. kat Ruang antarabangsa(ikut signboard je hahaha).
Ruang Antarabangsa
as usual kat hotel kami mempacking tuk kali terakhir make sure takde tercicir and mandi lg.. lebih kurang kul 11.30 trun hotel.
Excited makcik hahaha
Sebelum ni kitaorg da pesan receptionist untuk pglkan teksi. teksi sampai sekitar 1 tgh ari. So apa lg keje kitaorg melantak la. ckp pekjah lapa kot. tp pekjah kenyang lg sbb dia da melantak nasi pepagi kan. huhu.. iols je perut besau.  makan kedai berdekatan. amik umai ngn ikan sardin, besar gedabak la ikan sardin dia. segedabak. haha.. konyang. tp kari dia sgt cair tetibe rindu kari mamak. hahaha
nampak tak pekjah nye nasik macam mcm sesudu haha..ikan sardin and curry. cair je curry, pastu kitaorg amik umai.
settle makan jalan sikit2, sempat beli keychain pulok hahaha. pastu kitaorg punye taxi pon sampai, kos untuk ke airport hanya lah RM30. ok la kot tuk 2 org RM30 kan. sorang dlm RM15. memula budget nk berbackpacking sgt naik bus. tp bus lompat2 la jawap klu naik huhu.
Public transport route kota kinabalu (kAwasan tarikan pelancong je)

Name pon naik duaorg, so kongker la dlm van mcm beg byk gile haha
kat airport cite lain plak. flight delay. adusshh kebosanan nye. hahaha da la airport terminal 2 ni kocik je. pastu ada kejadian pekjah nye frozen hampir diambil org. rasa mcm sengaja tp x tau la sengaja ke tak sengaja. ok dia datang berdiri sebelah kitaorg, pastu alih2 trus angkat je frozen tu tanpa rasa bersalah, ko dtg x bwk apa2 alih ko jln nk bwk brg org.. logic ke? huhu..

atas flight kan kitaorg order makanan. makan je keje kan. order roasted chicken and green curry, green curry mmg sedap la.

Green Curry by Air Asia
Roasted Chicken by Air Asia
Tibe kat LCCT bus kitaorg kul 8 mlm. lewat kan? sampai lcct kul 7 kot lupe la pulak huhu. sempat la mempacking bag lagi asingkan barang2 masing. pastu melantak lg
nampak tak kepadatan beg? hahaha

Asam Laksa at Asia Food, LCCT

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...