Friday, March 5, 2021

Nothing

 Time passed.

Covid-19 since Mac2020 till now today Mac2021. and continue.

i miss travel so much.


Tuesday, February 11, 2020

Tokyo Trip Day 2

Day 2

Check put dari chisun inn hotel dalam jam 8pg waktu tokyo. Lepas check out kitaorg menuju ke 7 eleven, grab sikit food for breakfast. Husband mcm biasa kopi je dia tau. Sedap jugak kopi ni. 
Lepas tu terus ke train station berdekatan and terus g Shibuya, usung la bag ke hulur kehilir sbb next hotel kami di Hatagaga berdekatam Shinjuku. So konon nk budget senang trip kami hari ni mcm ni. 
keikyu kamata->Shibuya->Harajuku->Shinjuku->Hatagaya
Setiba di Shibuya kami naik jejantan amik gmba sempat tgk tugu Hachiko. Snappy2 je sini then terus ke Harajuku. 
Sempat belo biskut kapal ni, ramai kate sedap. 

Hachiko in memory
The most crowded crossing in shibuya. 

Lepas tu kami naik train dari Shibuya kr Harajuku. Masa smapai Harajuku dah dekat jam 12 tgh hari perut pon dah lapar gila gila. Trus target lunch kat Luke's Lobster. Satu set around rm60🤭 tp worth it semua makanan pon mahal sini kan. Nak menapak ke sini agak jauh yer, tp kami gigihkan jugak sbb lapar. 
Sedapppp

Alafter menapak patah balik nak ke harajuku station pon rasa nak patah kaki. Depan harajuku station ada Takeshita street market. Kita org jenjalan sini dr jam 12.30tgh ari sampai almost 1.30ptg.

Budget lepas harajuku nak jalan shinjuku kan.. Kim salam kaki dh mcm nak tercabut. Hahaha kami terus ke hotel dia Hatagaya, nama hotel kami Sakura Hotel Hatagaya. Sampai hotel dah dekat 3.30ptg. Husband mcm biasa tidur terus x igt dunia dh😅

Malam nya, xde lah malam sgt dlm 5ptg kami keluar smeula jalan ke Shinjuku, nak cr makan lagi. Kami mmg suka makan luar hehe. Kali ni kita cr Shinjuku Ramen Ouka. Recommended but sgt jauh dr shinjuku station nak tercaut kaki lg rasa. Pekerja pon ramah kebanyakkan student2 dr Malaysia and Indonesia. Diaorg pon ada advice pasal typhoon yg akan dtg tokyo. 
Portion sgt byk, advice kalau dtg berdua sorang amik kecik je mmg besar sgt portion dia x abis kitaorg rugi2 dh la mahal😭
total cost makan kitaorg malam tu almost 200++ duit malaysia😭

lepas abis makan kitaorg jalan shinjuku sambil nak survey jam gshock tgk je x beli pon sbb bukan peminat. Survey tuk kawan2. Kitaorg pergi di Bic Camera shinjuku. 
dalam 8.30mlm kami pulang ke hotel semula sempat shopping dlm family mart depan hotel.
Total steps for the day more than 20k steps😭😭😭😭
Sedap jugak ice cream ni 

Monday, February 10, 2020

Tokyo Trip Day 1

Alhamdulillah thank you Allah for another day.
Dah lama tak menulis blog ku sayang, last update Langkawi trip which is 2016😅
Untuk kenangan nak coretkan kisah trip ke Tokyo on 8-14 October 2019.

Day 1
Kitaorg menaiki pesawat tambang murah untuk ke Tokyo. Total cost untuk 2org termasuk 4x meals (2 pergi 2 balik) RM1816.50. 

Kami tiba dia Haneda airport lebih kurang 10.20mlm waktu Tokyo. Bergegas ke imigration kaunter dan terus ke mesin untuk beli pasmo card. 
- Keluar dari arrival hall terus kehadapan. Sebelah kanan ada mesin untuk mmebeli pasmo card. 
Selepas membeli pasmo card terus ke kanan dan menggunakan kan Keikyu Line untuk ke hotel. 

Kebanyakkan travellers akan tidur di airport, bagi liz prefer rehatkan badan betul2 refresh diri. Jadi kami book hotel berdekatan airport untuk elakkan tak sempat kejar last train.

Untuk malam pertama kami stay dia Chisun Inn Kamata. Cost untuk 1 mlm RM288.

Menggunakan Google maps kami search Chiusn Inn kamata yg kene turun dia Keikyu Kamata station. Selepas itu jalan dalam 5-10mins sampai lah ke hotel. Sebelum check in sempat singgah 7e beli makanan. 🤭
 
Keikyu Line Haneda Airport
Receptionist area clean and free shave 🤣
Org so call double bad.. Haha sempit
Cute little bathroom


End of day 1. 

Tuesday, July 18, 2017

Cuti-Cuti Malaysia Pulau Langkawi Part 4


Last day in Langkawi, flight kami around 12 pm. so sempat bersarapan pagi di area beras terbakar, dan shopping souvenir sikit kain batik utk mak mak... 



Monday, November 14, 2016

Tony Roma's World First Lamb Ribs Eating Contest 2016

Percaya atau tak? Liz join contest makan2 ni, suami pon join. pengharapan? of coz rasa x menang tp harap husband menang.

So pertandingan makan ni di adakan di Mahkota Parade, Melaka pada 12 Nov 2016. Kita org join pertandingan ini secara tidak sengaja. Mula2 makan dia restoran Tony Roma's tiba2 manager diaorg approach tnya nk join x pertandingan makan lamb ribs. Eh ok gk tu kan so letak lah nama. dan terpilih pulak tu. Suami Isteri terpilih. tp si mmg hakikat kami, isteri dia kuat makan, suami dia kadang2 je kuat.

So biar Liz explain mengenai pertandingan makan Tony Roma's. So ini pertama kali di dunia yer pertandingan makan rusuk kambing aka Lamb rib's. Makanan dia beri kentang dan rusuk. perempuan 1 portion lelaki 2 portion. mesti habis kan dalam masa 10 minit. so peserta ada 10 org perempuan dan 10 org lelaki.

Seblom pertandingan dimulakan nk hilangkan debaran para peserta, Tony Roma's adakan pertandingan untuk para penonton maka Pepsi and fries contest. Hadiah sedap gk dengar Microwave oven nasib baik lah nk masuk yg makan lamb rib's klu x mak join je hahaha

Ok utk kategori wanita mmg gementar habis tak penah hidup join contest mcm ni. dan sebagai seorg yg chubby sedikit rendah diri haha... sbb kalau menang org ckp tgk badan lah, kalau kalah org kate cover lah tu.. haha confident level rendah huhuhu..

meh nk cerita pengalaman sikit, semasa pandang lamb ribs dan kentang dlm pinggan terasa dlm hati tak menang ni sure ada org lain lg laju. yes MC pon kire 3... 2... 1... start.... tiba2 tangan mcm ada parkinson, terkedek2 kutip kentang, kentang tu amik 4-6 batang calit sos sikit telan telan air sulam. telan telam sulam air daging x sentuh lagi. then dah tgl suku kentang br sentuh daging, org seblah dah tgl kentang je.. dan semua org bersorak utk org sebelah. dalam hati kalah ni.. sambil; tgn gigil2 koyakkan daging kambing tu then sumbat dlm mulut bersalam kentang. telan air. tiba2 en husband jeirt cepat2 sikit lg... Haaa sikit?? org seblah dah berdiri.. oh pressure berpeluh2 ni... try my hard telan2.. air air.. so daging terakhir husbnd jerit berdiri2.. trus berdiri dan tgn kiri kanan gigil2 koyakkan daging... telan dan gulp air... angkat tgn angkat tgn.. so angkat tgn.. yeay i won ... hahaha unbelievable
See relax and steady tp tangan parkinson haha seblah daging dh abis tgl kentang...

muka nervous.... ramai sgt org amik gmba.. see tgl tulang belulang jer... hihi

Abis je makanna semua amik gamba iols terasa mcm retis kejap.. siap utusan, metro, berita harian NST and taktau apa interview.. tp x dpt nk ckp byk2 sbb turn en. husband plak. nnt takde org amik gmba dia. portion untuk lelaki double portion dr perempuan.

En husband bersemangat nk habiskan.
See muka mmg semangat habis nk abiskan makanan.
 En husband x menang kalah tipis. dia xnk dgr petua bini dia abiskan kentang dlu. cause we hate kentang hahaha...
The winner of makan laju

Husband with his winning face. FB Like.
Suka en husband dpt adiah
Gmba dr utusan. untuk sokkabar lain gamba hidung je masuk
Anyway pengalaman yg amat seronok. serius happy mcm x sangka. apa pon next year cuba lagi kan. siapa sangka rezeki. tp kalau bolot lg malu lah hihi apa pon terima kasih kepada Tony Roma's mmg pengalaman baru sgt2 dan menyeronokkan.

Sunday, October 23, 2016

Nasi Dagang Pak Malau, Langkawi


 
Nasi Dagang Pak Malau, langkawi
 
Berkat menggoggle dan mencari kedai makan area Langkawi ni ada terbaca mengenai Nasi Dagang Pak Malau, even dah viral pon kat FB dan dah masuk TV3, so harus lah kita serbu kan.
 
Kedai makan Pak Malau terletak di Mukim Ulu Melaka, Klu dalam waze or gps xde nama kedai (rasa ada) korang wazekan aje ke Makan mahsuri. atau masjid Bukit Temin. Kedai pak Malau ni seblah kiri sebelum tiba ke makam mahsuri. kompom nampak. Klu nk confrim kan kedai buka ke nk tempat hubungi no ni 012-271 1977 (Pak Malau). Isnin tutup yer.
 
Masa kami tiba masih awal pagi mmg cantik sgt2 padi yg menghijau luas terbentang, meja tepi sawah x dpt duduk hujan tp jgn risau sini meja byk dan service pon cepat. kalau musim cuti sekolah pasti penuh so harap bersabar tunggu meja yer.
 
Pemandangan sawah padi dr Kedai Nasi Dagang Pak Malau
Harga makanan pon ok lah xde lah mahal sgt. kami berdua makan total RM37. maybe sbb kambing kan mahal. tp ok je
So harga makanan dgn nasi dagang pak malau
  • Kambing kurma RM15
  • Ayam kampung RM13
  • Ayam goreng rempah RM8
  • Ayam Gulai Rm7
  • Daging kerutub RM8
  • Ikan Gulai RM7 
 
Set kami kambing tu tambahan jer

Geram tak makan pagi2 sejuk2 sambil mengdap sawah padi menghijau.
 
Kaunter bayaran
 So cara kami masa tu terus order kaunter cepat dan mudah. bagitahu duduk di mana yer senang nak hanta makanan. kalau xnak order kat kaunter pon boleh duduk akt meja je nnt dia amik order. tp x boleh pula tgk lauk pauk yg ada kan.
Seblom ke destinasi seterusnya kami sempat posin g, atas tu Gunung Raya yer.
So makanan di sini mmg memuaskan. of coz next time akan serbu lg.

Saturday, October 22, 2016

Cuti-Cuti Malaysia Pulau Langkawi Part 3

Day 3, Pulau Langkawi, Kedah

Aktiviti kami pada hari ni mesti lah naik SkyCab atau nama malaysia dia kereta kabel terletak diterletak di Gunung Mat Chinchang, Langkawi, Kedah, Malaysia. So kalau nk guna GPS ke leh waze kan ke Oriental village, klu nk redah pon boleh banyak papan tanda. apa2 mesti melalui pantai kok.

Kitaorg kesini x sarapan pon budget nk sarapan kat Oriental village, byk kedai belom buka lebih kurang pukul 9.30 pagi, last2 pergi food court dia xde apa ada nasi lemak siap bungkus. garang pula pakcik tu. lapa makan je lah. so sarapan pagi tu rm5 jer. teh ais teh jalang hubby ckp susu je byk huhu.. lepas settle makan nk ke sky cab br nmpk kedai2 lain. xpe lah janji lapik perut kan.

Di kawasan Oriental Village ni ada SkyBridge, SkyDome, SkyAdverture Park, Geopark Hotel dan kedai-kedai yang menjual cenderamata.Harga tiket untuk rakyat malaysia RM30. (dulu pergi rm15 sahaja). So semasa beli tiket kene tunjuk IC kalau tak harga dia RM45.

Entrance nk masuk ke skycab.
Masa beratur ni sebelum naik kereta kabel kita akan di sajikan dgn 3d movie naik roller coaster, mybe utk hilangkan gayat naik sky cab nanti.

Sky cab ni ada 3 station, base station, middle station dan top.

Telaga Tujuh
Dari atas kereta kabel kelihatan telaga tujuh yg kami panjat semlm, mmg agak tinggi yer. rasa2 mmg xkan naik lg lah. :P
Berhenti sekejap di middle station
Klu ikut hati dah lupe sepatut x perlu turun pon middle station tp ok je klu nk trun tgk kan.
nmpk kabus tebal memenuhi tu
Selepas middle station mmg kabus agak tebal yer. x nmpk apa2 dh. so xde lah rasa seram sejuk sgt. cume rasa sejuk nyaman je huhu
posing sket
Akhirnya kami tiba di tingkat yg teratas. yeah....
mangga love nama org2, dah mcm korea, jepun, bukit bendera :P
Walaupon agak kecewa tak dpt tgk pemandangan langsung tp sejuk sgt dgn kabus tebal
posing je lah.
Then kami plan nak ke sky bridge (jambatan tergantung) harga untuk ke sini sky trex RM5 dan sky Glider RM15. Tp hujung station di tutup sementara agak kecewa sedikit, kitaorg minum kat atas ni order nescafe and french toast pelapik perut. nasib baik sedap lah jugak. ramai berteduh sebab hujan turun. sementara tunggu kaunter sky bridge buka.
Minum sky cafe
Selepas emnunggu lebih kurang 30min lah kot kaunter sky bridge di buka kami decide amik sky glider memikirkan hujan yg turun takut trex jalan kaki bahaya. lepas ni next time akan guna sky trex je.
Posing jp atas sky glass ?sky bridge
Ok atas ni sejuk yg amat dan tak nmpk apa2 pon, duduk atas glas tu pon x nmpk apa tp terasa bergoyang2 yer jambatan ni ngilu rasa.

Lepas abis jalan di sini kami balik je terus perut berkeroncong, asik makan je kan? mana tak bertambah tembam. otw balik kami singgah di telaga harbour park, korang parking kereta di petronas. amik gamba kat yatch ni fefeeling naik yatch ok :P
alololo
OK masa ni dh pukul 2 petang, perut pon dh berkeroncong, igt nk cari kerabu bronok tp takut jauh, last pergi ke Restoran Jom Ikan Bakar,

Konsep dia air free, tp biasa lah air free air sirap dan teh o. Klu nak order air lain pon boleh.
Lauk mmg ada perbagai lauk. sbb agak lewat utk kami makan lauk pon x berapa nk byk sgt.

Jom Ikan Bakar

Lauk pauk Jom Ikan Bakar

Eh sengih pulak

Amik sotong bakar yumm yummm
So Hubby amik ikan semilang dan sy amik lauk daging kot dan sotong 2 ketul total harga lebih kurang RM24. so ok lah tu kan.

Lepas tu akmi trus balik ke hotel merehatkan badan penat tau. petang tu hubby ajak keluar semula ye lah esok dah balik, kejap je kan. rasa x puas lg. So kitaorg pergi makan laksa ikan sekoq lg. korang pilih jelah gerai mana rasa sama je.

i choose laksa ikan sekoq and pasemboq nyumm nyumm

Saje je order air kelapa bukan selalu minum kan sambil tgk kapal terbang mendarat. bestt
So total makan kat gerai ni RM19. ok lah takde mahal sgt dan xde murah sgt air kelapa kan off coz mahal.

Then selepas tu kitaorg ke telaga harbour park lg nk amik gamba tak puas. view sini sgt cantik dan tenang tak silap kaw pantai kok jugak. kitaorg amik gamba kat rumah api. cantik
The view from telaga harbour park

Hubby melayan amikg amba 360.
Ok mlm nye kami igt nk jln di pantai cenang tp masih awal so balik ke hotel, rehat pulul 9 keluar cari makan. kitaorg makan di restoran haji ramli, well rasa dia so-so je layanan pon nak taknak muka masa masa tu pon x ramai org pon ada 2 table je kami dtg jd 3 table. harga pon hampeh. siakap 100gm rm8, klu kat wan htai 100gm rm6.50. oh nnt sy review pasal makan di restoran haji ramli ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...