Friday, January 9, 2015

JJCM Kuching, Sarawak Part 1

Opsi, Kuching again. hahaha suke sgt repeat pergi tempat sama berkali-kali kan? Kuching ni ada lah kali ke 4. hahaha seriously Kuching best, org sure tanya tak bosan ke pergi Kuching byk kali. Nope tak bosan, even now rasa nk  repeat lg. hahaha...

Flight kami jam 12.55 tgh hari, so mesti gerak dr melaka awal pg, ini kali kedua sy menjejak kaki ke klia2 sejak dia beroperasi (ok sy tak nak guna broken english malay dah ; azam tahun baru ni). saya ni nebes punya org, eh gemuruh so semua nya mesti la selamat dan tepat. apa saya cuba sampaikan ni.. ok bolayan. so tiket bus dr melaka ke klia2 saya beli 6.30 am, harga tiket RM24.10, consider murah compare kita nk parking sana dgn tol myk lg kan? as backpacker kene lah berjimat cermat sehabis boleh.

satu sifat buruk saya, satu je ke? suka packing baju last minute, tp xpenah lg tercicir apa2.. ops br teringat time nk snap gamba tak boleh on rupa2 bateri tinggal melaka la. hahaha pkai la kamera hp sahaja, nasib lawa juga kan.

baru sedar tgk baju semua merah kan? hahaha mesti org tgk saya mcm takde baju lain.
tiket bus 6.30 pg, tiba kt melaka centra 6.25 pg, hebat x?

 
Ok i hate morning, sbb apa sakit perut nk terkencing semua ada. and bus non stop.. bayang kan sy menahan selama 1 jam lebih. nak menangis rasa.. tiba kat klia2 around 8.30 am. so perjalanan 2 jam.
 
Setiba je di KLIA2 lari trus g toilet, kesian kan? apa pon kitaorg cek dlu our flight schedule kat information board, sini merata2 so jgn risau.
our flight kat gate J7
Sebab masa masih awal, kitaorg lapa tau tak. tatau nak makan mana, sini semua la dabel the price, maggi goreng mamak pon rm12. gile ko semlm ak makan kt kedai mamak rm 4 siap telor goyang, hahaha.. eh ini bukan dabel tp triple. tp normal la nama pon airport international kan. ko tanak kenapa x bwk je bekal dr rumah? ok
so we decided makan kat satu kedai comel, price not bad. still consider murah di kalangan kedai kedai lain (boleh ke guna di kalangan?)
 
Nama kedai Nyonya delights, makanan yang saya order? chee cheong fun curry, ini mmg favorite zaman berzaman until sy demam teruk makan benda ni terus benci dia until sy makan blk kt klia2 ni. motip cite detail? hahaha tp tu hakikatnya, nasib baik mmg sedap and puas hati makan sini. kawan saya cik mar biasa lah dia nasi lemak. lupa snap gamba nasi lemak dia (ops bunyi semacam lak) tp nasi lemak biasa la kat mana2 ada jual.
 
delicious chee cheong fun sedap recommended.
Lepas tu jalan2 ccuci mata tgk kedai2 butik2 kat sini. sambil berangan bila la pakwe aku nak belikan aku pandora ni (masalah xde pakwe) so berangan je sambil meleleh air liur. Lepas penat pusing-pusing ini klia2 tiba masa boleh masuk boarding area dah, and teka apa, flight delay. tp xde la delay sangat setengah jam mungkin? oh ini kelakar.
 
Mar : kak kak, tu mcm hafiz (belakang kitaorg).
Aku : hafiz mana? akak mana kenal retis retis ni..
Mar : ala hafiz AF yg nyanyi awan nano tu
****krikk krikk krikk** muka blur sambil pikir*
Aku : mmm oo yg nyanyi lagu bahagiamua apa tu eh
Mar : aah la kak tu dia
Aku : bukan la klu betul kompom la gamai nk amik gamba ngn dia
****a few moment of silent***
Mar : betul lah kak tu hafiz, tgk org amik gmba
Aku : ooooooo... hahaha s*tgk je Mar dgn gedik dia*
 
yang kelakar nya mak si hafiz af ni duk belakang saya jer, kompom la dlm hati dia bermaki berbakul bakul, poyo minah ni tak kenal anak aku. hahaha
Hafiz AF ngn mak dia yg cover cun sbb mesti dia perasan saya snaop gamba dia..
Ok kenapa tiba-tiba hafiz di depan saya? owh sbb dah beratur sekali dia ckp flight delay so duduk, hafiz pilih untuk duduk di depan gadis comel seperti saya. hahaha haktuih... mohon muntah.
Ok selepas setgh jam, (tah tah 10 min jer), kitaorg da boleh masuk bilon (bahasa sarawak untuk kapal terbang). Owh yg paling menakjubkan ramai betul org borong roti gardenia ni. diaorg cakap mmg sedap semenanjung punya compare sabah sarawak. kenapa eh resepi dia x sama?
tgk roti gardenia berbondong bondong, eh sebenar nk snap gamba roti ke bontot hafiz? ish ish
Alhamdulillah flight smooth, kereta kitaorg sewa perodua viva Rm80 sehari, ok la kan? saya amik dgn Hana can contact this number untuk kereta sewa di kuching 012-8952003.

tune hotel, bersih kan? hotel budget yg persis hotel 5 star. yg penting bersih and ada toilet.


got this cute tune hotel bag.
Tune hotel ni saya tempah masa promo dapat Rm136.92 untuk 3 malam termasuk aircond, tv, and wifi serta tuala. murah kan? tp wifi dia mcm tak berguna je, slow sgt pastu asik putus nak war COC pon susah. hahaha.
Masa kitaorg tiba ni hujan lebat gk, tapi igt nak jalan2 seberang merasa kek lapis, merasa sahaja x membeli. hahaha kira lunch free la ni.
Naik sampan perahu ni ke seberang dgn bayaran 50 sen jer. murah kan? hehe takkan la nk charge 5 hinggit lak.
mee kolok goreng, yummy serious sedap share 2 org sbb kan? mlm nk mentah kedarah seafood.
pisang cheese
Seriously pisang cheese kat sarawak ni da lama ok, kat melaka or semenanjung br start nak pemes, sini mmg berkurun pemes. and dah rasa kat melaka punya tak sesedap kat sarawak. so kalau datang sini cuba lah mmg sedap. tak kecewa. cheese melambak. ahahaha am i a good promoter?
 
 
Penat bebel la entry ni, seronok menulis, harap mood ini selama-lamanya. ok saya sambung tulis esok pulak yer.
 
Assalamualaikum
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


1 comment:

  1. Tq atas info . tgh google info ke Kuching :)


    regards
    Akmal
    fb : Akmal barizah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...