Showing posts with label pisang cheese. Show all posts
Showing posts with label pisang cheese. Show all posts

Wednesday, February 4, 2015

JJCM Kuching, Sarawak part 4

Ok sambung sini, hehe...
Lepas dah luncheon, kitaorg balik hotel sesegarkan badan, ye la da panjat gua kot. berpeluh sakan mcm mandi peluh. potpetpotpet.. :P lebih kurang sejam kendian kitaorg trun balik. takde arah tujuan.. so g cafe seblah tune hotel, betul2 sebelah tune hotel sbb nk makan pisang cheese, sini kalau nk makan pisang cheese mabeles kat rj ayam penyet tp sebab still awal dia lom buka, diaorg buka malam jer. jadi kami makan sini rasa not bad. mmg terbaik. memula nk order cheese tp cheese habis so order pisang chocolate dlu. yum yum.. hehehe... lepas tu tambah sepinggan lg pisang cheese, harga dlm rm6.
Pisang chocolate
pisang cheese
Nama pon jalan2 cari makan tuk kuching trip ni kan, so next kitaorg cari ice cream gula apong, ais krim bergula apong. apa2 je la nama dia. 1st time nk mencuba ni. tau tempat ni pon sbb tgk tgk blog org lain, bosan la kan JJCM asik makan mee kolok ngn top spot, so here we go the dessert. location ice cream gula apong ni kat open air food court, search kat gps open air food court. kitaorg g sini naik kereta sbb gatal. hehe actually x jauh sgt. parking kat area riverside pastu jalan kaki guna gps. wakakaka.. tp tempat dia sgt senang jer. GPS location N 01° 55.907′, E 110° 34.247′
Open air market
kat entrance pintu masuk da ada tulis ais krim bergula apong
baca dr sesetgh blog perasa mmg bertukar, luckily time kitaorg dtg perasa vanilla. maybe perasa lain coklat kot? tp mcm x masuk je coklat dgn gula apong.
ais krim ni ada few size leh cuba, kecil, sederhana besar. the price xla mahal sgt. small :RM2, sederhana RM4.60, besar RM8.

Size kecil dan sederhana. opcoz la mar kecik ak yg sederhana. hahahahaha :P
Lepas tu kitaorg lepak kat tepi sungai, duduk2 sambil makan eskrem sbb tatau mana arah tuju lg kan, kalau dlu boleh ke pasar satok. sy rasa pasar satok yg dlu lg happening dr skng yg dah tuka ke kubah ria. mcm x best tp mudah la kot. pasar satok byk sejarahnya. so lepas abis makan ais krim gula apong ni trus ke kubah ria nk usha2 tempat. lg pon da malam kan.. mcm lapar lg? kitaorg jalan2 cuci mata je. tp byk kedai mcm x buka. ye la ujan. seriously x meriah mcm kat pasar satok dlu.
Kubah Ria
Lepas jalan2 kat kubah ria, g lepas food court dia, not much different with my previous visit on 2012. kitaorg lepak minum je, order teh c peng special. amik ko kemain besau gelas siap tapau, each glass rm2.50 ok la. air kat kuching ni mmg mahal2 compare food diaorg. 
 
teh c peng akak 3 layers
kan da kata takde aktiviti sgt, so bile da bosan rasa cam nk balik hotel dah. kitaorg tapau je makanan kat rj ayam penyet/bakar, just google it, sure jumpe. ayam bakar dia mmg superb rasa mcm kat indon masa time makan trip kat medan. tp medan nye lg sedap. nyum nyum... hehehe. mar tapau ayam penyet, and sy tapau ayam bakar. dedua sedap.. hahaha

Rj ayam penyet next to kopi o corner (byk cawangan)
Nasi ayam penyet
 
Ayam bakar, comel tak bungkusan nasi nya?
end of our day 2, penat panjant bukit tu mcm x byk aktiviti sgt. so lepas makan layan movie kat astro pastu kroh kroh kroh..
 
Day 3
Rise and shine, ok lupe ckp ke da ckp. this is my cute cute buddy, viva. lawo plak biru dia, sewa sehari rm80.day. our destination today? Semenggoh Wildlife Rehabilitation Centre erk terbelit lidah atau pusat orang hutan semenggoh. GPS location 1°23’59"N 110°19’27"E
So apa pon on the way nak ke semenggoh kitaorg banyak melencong, ok jdnya terpaksa tukar time sbb waktu melawat orang hutan ni 8.00-11.00 pagi dan 2.00-4.00 ptg. and kalau betul2 nk tgk orang hutan masa feeding time la kul 9 pagi dan 3 ptg. kitaorg dah terlepas waktu 9pg tu. orang utan da masuk tido.sapa suh sesat2 bagai.
kitaorg sesat sebab cari serapi corner, bace kat forum and blog, serapi corner ni not bad sedap. haruslah kami cuba tp asik sesat ke pasar la ke mana2 lah. hahaha.. tp jumpe gk sbb betul2 tepi jalan highway jer.. takde la susah sgt.GPS location 1°28’28.7"N 110°19’47.4"E
serapi corner
nasi lemak sambal sotong
Kolo Mee special
 seriosuly the taste? so-so x de la sedap indah khabar dari rupa. nasi lemak tu sedap. tapo kolo mee? rasa mcm sotong udang a bit busuk. sedap lg kat coffee o corner. mostly other blog cakap sedap sgt tu yg x paham. maybe nasib x baik dapat time x sedap la kot? but still ok. korang boleh cuba. x salah mencuba.

Sementara tunggu kul 2ptg. ye la sibuk cari makan sampai terlepas waktu melawat orang hutan, kitaorg singgah jalan2 kat pasar pagi ke pasar tani semenggoh.

comel je bungkus sayur midin tu mcm nk kasi bunga kat pakwe opss makwe
fresh vegetable sedap nye midin
tgk ramai org beratur beli, so tgh lapar semak2 beli gk
 
Ok sambung next post penat bebel kat sini jer..  kompom byk gile typo kat atas ni hahaha....
next post orang hutan semenggoh.


Friday, January 9, 2015

JJCM Kuching, Sarawak Part 1

Opsi, Kuching again. hahaha suke sgt repeat pergi tempat sama berkali-kali kan? Kuching ni ada lah kali ke 4. hahaha seriously Kuching best, org sure tanya tak bosan ke pergi Kuching byk kali. Nope tak bosan, even now rasa nk  repeat lg. hahaha...

Flight kami jam 12.55 tgh hari, so mesti gerak dr melaka awal pg, ini kali kedua sy menjejak kaki ke klia2 sejak dia beroperasi (ok sy tak nak guna broken english malay dah ; azam tahun baru ni). saya ni nebes punya org, eh gemuruh so semua nya mesti la selamat dan tepat. apa saya cuba sampaikan ni.. ok bolayan. so tiket bus dr melaka ke klia2 saya beli 6.30 am, harga tiket RM24.10, consider murah compare kita nk parking sana dgn tol myk lg kan? as backpacker kene lah berjimat cermat sehabis boleh.

satu sifat buruk saya, satu je ke? suka packing baju last minute, tp xpenah lg tercicir apa2.. ops br teringat time nk snap gamba tak boleh on rupa2 bateri tinggal melaka la. hahaha pkai la kamera hp sahaja, nasib lawa juga kan.

baru sedar tgk baju semua merah kan? hahaha mesti org tgk saya mcm takde baju lain.
tiket bus 6.30 pg, tiba kt melaka centra 6.25 pg, hebat x?

 
Ok i hate morning, sbb apa sakit perut nk terkencing semua ada. and bus non stop.. bayang kan sy menahan selama 1 jam lebih. nak menangis rasa.. tiba kat klia2 around 8.30 am. so perjalanan 2 jam.
 
Setiba je di KLIA2 lari trus g toilet, kesian kan? apa pon kitaorg cek dlu our flight schedule kat information board, sini merata2 so jgn risau.
our flight kat gate J7
Sebab masa masih awal, kitaorg lapa tau tak. tatau nak makan mana, sini semua la dabel the price, maggi goreng mamak pon rm12. gile ko semlm ak makan kt kedai mamak rm 4 siap telor goyang, hahaha.. eh ini bukan dabel tp triple. tp normal la nama pon airport international kan. ko tanak kenapa x bwk je bekal dr rumah? ok
so we decided makan kat satu kedai comel, price not bad. still consider murah di kalangan kedai kedai lain (boleh ke guna di kalangan?)
 
Nama kedai Nyonya delights, makanan yang saya order? chee cheong fun curry, ini mmg favorite zaman berzaman until sy demam teruk makan benda ni terus benci dia until sy makan blk kt klia2 ni. motip cite detail? hahaha tp tu hakikatnya, nasib baik mmg sedap and puas hati makan sini. kawan saya cik mar biasa lah dia nasi lemak. lupa snap gamba nasi lemak dia (ops bunyi semacam lak) tp nasi lemak biasa la kat mana2 ada jual.
 
delicious chee cheong fun sedap recommended.
Lepas tu jalan2 ccuci mata tgk kedai2 butik2 kat sini. sambil berangan bila la pakwe aku nak belikan aku pandora ni (masalah xde pakwe) so berangan je sambil meleleh air liur. Lepas penat pusing-pusing ini klia2 tiba masa boleh masuk boarding area dah, and teka apa, flight delay. tp xde la delay sangat setengah jam mungkin? oh ini kelakar.
 
Mar : kak kak, tu mcm hafiz (belakang kitaorg).
Aku : hafiz mana? akak mana kenal retis retis ni..
Mar : ala hafiz AF yg nyanyi awan nano tu
****krikk krikk krikk** muka blur sambil pikir*
Aku : mmm oo yg nyanyi lagu bahagiamua apa tu eh
Mar : aah la kak tu dia
Aku : bukan la klu betul kompom la gamai nk amik gamba ngn dia
****a few moment of silent***
Mar : betul lah kak tu hafiz, tgk org amik gmba
Aku : ooooooo... hahaha s*tgk je Mar dgn gedik dia*
 
yang kelakar nya mak si hafiz af ni duk belakang saya jer, kompom la dlm hati dia bermaki berbakul bakul, poyo minah ni tak kenal anak aku. hahaha
Hafiz AF ngn mak dia yg cover cun sbb mesti dia perasan saya snaop gamba dia..
Ok kenapa tiba-tiba hafiz di depan saya? owh sbb dah beratur sekali dia ckp flight delay so duduk, hafiz pilih untuk duduk di depan gadis comel seperti saya. hahaha haktuih... mohon muntah.
Ok selepas setgh jam, (tah tah 10 min jer), kitaorg da boleh masuk bilon (bahasa sarawak untuk kapal terbang). Owh yg paling menakjubkan ramai betul org borong roti gardenia ni. diaorg cakap mmg sedap semenanjung punya compare sabah sarawak. kenapa eh resepi dia x sama?
tgk roti gardenia berbondong bondong, eh sebenar nk snap gamba roti ke bontot hafiz? ish ish
Alhamdulillah flight smooth, kereta kitaorg sewa perodua viva Rm80 sehari, ok la kan? saya amik dgn Hana can contact this number untuk kereta sewa di kuching 012-8952003.

tune hotel, bersih kan? hotel budget yg persis hotel 5 star. yg penting bersih and ada toilet.


got this cute tune hotel bag.
Tune hotel ni saya tempah masa promo dapat Rm136.92 untuk 3 malam termasuk aircond, tv, and wifi serta tuala. murah kan? tp wifi dia mcm tak berguna je, slow sgt pastu asik putus nak war COC pon susah. hahaha.
Masa kitaorg tiba ni hujan lebat gk, tapi igt nak jalan2 seberang merasa kek lapis, merasa sahaja x membeli. hahaha kira lunch free la ni.
Naik sampan perahu ni ke seberang dgn bayaran 50 sen jer. murah kan? hehe takkan la nk charge 5 hinggit lak.
mee kolok goreng, yummy serious sedap share 2 org sbb kan? mlm nk mentah kedarah seafood.
pisang cheese
Seriously pisang cheese kat sarawak ni da lama ok, kat melaka or semenanjung br start nak pemes, sini mmg berkurun pemes. and dah rasa kat melaka punya tak sesedap kat sarawak. so kalau datang sini cuba lah mmg sedap. tak kecewa. cheese melambak. ahahaha am i a good promoter?
 
 
Penat bebel la entry ni, seronok menulis, harap mood ini selama-lamanya. ok saya sambung tulis esok pulak yer.
 
Assalamualaikum
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...